Kebelakangan ini, banyak majlis kenduri diadakan di kampung bagi meraikan perkahwinan di antara dua insan. Setelah begitu lama menyepi, perkhidmatan katering juga menjadi sibuk kerana menerima begitu banyak tempahan.
Selain itu, tuan majlis juga terlalu kelam kabut dalam melakukan persiapan, hingga ada terlepas untuk menyediakan barangan yang mencukupi untuk setiap tetamu yang datang.
Tetamu pun apa lagi? Tak rajin untuk meminta, terus mereka fikir cara lain untuk menyelesaikan masalah mereka.
Seperti yang telah dikongsikan oleh seorang wanita, basirahcheyen menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Pergi mengunjungi sebuah kenduri yang diadakan bersama kawan-kawannya, mereka menjamu makanan yang telah dihidangkan pihak tuan majlis.
Siap menghabiskan makanan, salah seorang dari kawannya mungkin tidak jumpa kotak tisu atau tidak mahu bersusah payah mencarinya memandangkan majlis mula penuh dengan tetamu lain.
Nak mudah, kawannya itu diam-diam mengambil segelas air kosong di bawah meja lalu digunakan untuk membasuh tangan yang kotor dengan sisa makanan. Kemudiannya, dia terus mengesat tangan pada alas meja yang ada.
Melihat tindakan kawannya itu, mereka di satu meja hanya mampu terdiam.
@basirahcheyen Harap orang sebelah tk tiru aksi ni😶
@basirahcheyenHarap orang sebelah tk tiru aksi ni😶♬ original sound – 🧾
Di ruangan komen pula, orang ramai turut terhibur melihat gelagat kawannya itu di majlis tersebut. Ada juga yang turut satu kepala dan juga berbuat begitu.
Namun ada juga segelintir orang ramai yang kurang selesa dan tidak tergamak untuk berbuat begitu kerana tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.
Agaknya ramai juga yang satu perangai seperti kawan wanita ini. Tapi jangan dijadikan satu tabiat, kesian pula pada tuan majlis dan pihak katering yang perlu membersihkan kotoran pada kain alas meja tersebut.
Kredit: basirahcheyen
Baca Juga: Makan Tomyam Dapat Satu Mangkuk Penuh Serai, Lelaki Ini Mohon Kerajaan Naikkan Harga Serai