Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Kucing Ada Kutu? Guna Sahaja Bahan Dari Dapur Ini Untuk Si Bulus Anda Bebas Kutu!

Kucing Ada Kutu? Guna Sahaja Bahan Dari Dapur Ini Untuk Si Bulus Anda Bebas Kutu!

Kategori:
si bulus

Kucing merupakan haiwan perliharaan yang disayangi ramai. Malah, ada diantara kita yang telah menganggap haiwan tersebut seperti salah seorang ahli keluarga. Ada juga yang sanggup berbelanja dan menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menjaga seekor kucing.

Apabila dah sayang, tak kisah lah berapa banyak wang ringgit yang perlu dihabiskan. Yang penting, si bulus tetap lah sihat dan aktif. Tapi, tahukah kita antara masalah yang sering terkena pada kucing adalah masalah kutu?

Jangan pandang temeh pada masalah itu kerana ianya boleh menyebabkan haiwan kesayangan anda keguguran bulu, luka, hilang selera makan, kurus, tidak aktif, lemah dan menderita sakit. Ini kerana kutu yang menghuni badan haiwan perliharaan akan mengigit dan menyebabkan kucing merasa resah, gatal, lalu menggaru.

si bulus

Walaupun terdapat pelbagai syampu anti-kutu yang anda boleh dapatkan dipasaran, lebih elok kita cuba kaedah semula jadi kerana ianya tidak mengandungi apa-apa bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kucing kesayangan anda. Jadi, apa salahnya kita cuba satu petua menghilangkan kutu yang dikongsikan oleh D’Cat D’Hati di Facebook.

Petua Menghilangkan Kutu Pada Si Bulus Dengan Bawang Putih Sahaja!

Dengan menggunakan bawang putih sahaja, anda dapat menghilangkan kutu pada si bulus. Ini kerana bawang putih bersifat antibakteria dan antiseptik. Bau pada bawang putih juga amat tidak disukai oleh kutu dan hama. si bulus

Cara-Caranya

  1. Ambil beberapa ulas bawang putih yang dah siap dikupas kulitnya.
  2. Rendam bawang putih tadi dengan air panas dalam sukatan 1 cawan sehingga sejuk.
  3. Kemudia, ambil airnya dan sembur di tempat tidur kucing. Boleh juga di sembur sedikit pada bulu kucing anda.

Tips: Anda juga boleh meletakkan beberapa ulas bawang putih yang telah dikupas kulitnya di tempat si bulus tidur, bermain dan tandasnya.

Untuk anda yang mempunyai haiwan perliharaan, boleh lah cuba petua ini. Si bulus yang bebas dari kutu pun mesti happy sahaja selalu, tak ada lah moody tak tentu pasal nanti.

Semoga bermanfaat.

Kredit: D’Cat D’Hati

Baca Juga: “Dah Besar Tetap Manja..”, Walaupun Dah Dewasa, Ibu Kucing Ini Tetap Tarik Anaknya Untuk Makan

tags: