Dunia semakin berkembang maju. Oleh itu, pelbagai teknologi hebat yang telah berjaya dicipta oleh pakar dan para penyelidik bagi memudahkan kerja harian orang ramai.
Teknologi robot antara yang dikembangkan bagi digunakan dalam kehidupan seharian. Bahkan bukan sahaja di rumah, teknologi robot juga digunakan di kedai makan dan restoran bagi memastikan operasi perniagaan berjalan secara lebih lancar.
Antara robot yang anda akan selalu menemui di restoran adalah robot pelayan yang akan menghantar makanan dari dapur ke meja pelanggan. Tapi kini teknologi robot juga boleh digunakan di dapur bagi proses penyediaan makanan.
Terbaharu, seorang lelaki revan.z22 memuat naik sebuah video di laman TikTok bagi berkongsi satu penemuan yang sangat hebat di sebuah gerai di tepi jalan.
Mencari sebuah kedai makan untuk membeli makanan, lelaki Indonesia itu menemui sebuah gerai yang menyediakan nasi goreng dengan cara yang begitu hebat dan belum lagi dilakukan orang lain.
Walaupun gerai itu kecil dan terletak di tepi jalan sahaja, ia kelihatan sangat maju kerana menggunakan teknologi robot ketika menyediakan nasi goreng. Tugas peniaga juga dipermudahkan di mana dia hanya perlu meletakkan bahan-bahan yang akan digunakan dan kuali dan robot tersebut akan dipusing bagi melakukan kerja menggaul.
Terpegun melihat teknologi itu diguna sebaik mungkin oleh peniaga tersebut, lelaki itu memuji ciptaan itu.
@revan.z22 Udah pernah nyoba belom?🤣#kulinermalang #kuliner #nasigorengrobot #fyp
@revan.z22 Udah pernah nyoba belom?🤣#kulinermalang #kuliner #nasigorengrobot #fyp ♬ DJ What You Come X Teki Gan Pargoy Santuy – Kelud Music
Di ruangan komen, orang ramai turut tertarik melihat robot tersebut. Rata-rata turut memuji peniaga berusia itu kerana berjaya mencipta teknologi kreatif tersebut.
Kreatif sangat peniaga ini dalam meniaga, kan? Teknologi robot ini sememangnya memudahkan urusan di dapur dan meringankan beban tukang masak. Kalau tak cukup tangan dan terlalu sibuk, boleh la menggunakannya tapi ia juga memerlukan pemantauan dari masa ke semasa.
Kredit: revan.z22