Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Gunakan 4 Bahan Ini Untuk Legakan Batuk Dan Selesema. Wanita Ini Turut Kongsikan Kebaikan Setiap Bahan.

Gunakan 4 Bahan Ini Untuk Legakan Batuk Dan Selesema. Wanita Ini Turut Kongsikan Kebaikan Setiap Bahan.

Kategori: ,
legakan batuk dan selsema

Batuk merupakan satu keadaan di mana seseorang itu dengan secara paksa mengeluarkan sesuatu daripada tekaknya akibat ketidakselesaan seperti gatal tekak, rasa sakit, rasa bengkak atau mempunyai kahak dibahagian tekak. Ia merupakan satu refleks yang normal dimana jika ada kerengsaan dibahagian tekak.

Manakala, individu yang mempunyai gejala selesema mungkin mengalami demam atau menggigil, sakit otot atau badan, sakit kepala, keletihan, dan kadang-kadang muntah dan cirit-birit (terutama pada kanak-kanak). Hidung mereka turut berair atau tersumbat, batuk, bersin, sakit tekak, dan umumnya merasa tidak sihat.

Terdapat pelbagai ubat di farmasi yang anda boleh cuba untuk merawat masalah ini. Namun, jika anda berminat dengan cara yang lebih semulajadi dan untuk legakan batuk dan selesema, boleh lah cuba petua yang dikongsikan oleh Elly Aziz di Facebook.

Petua Legakan Batuk Dan Selesema Dengan 4 Bahan Ini

Bahan-Bahan

  • 1 cawan nanas yang dipotong kiub
  • 1/2 batang kayu manis ceylon
  • 5 kuntum cengkih
  • 2 sudu besar madu asli
  • 2 gelas air

Cara-Cara Penyediaan

  1. Rebus nanas, kayu manis ceylon dan cengkih bersama 2 gelas air selama 15 minit.
  2. Sejukkan air nanas.
  3. Tambah madu dan kiub ais. Lepas itu, boleh terus minum.

legakan batuk dan selesema

Selain daripada cara-cara untuk menyediakan remedi ini, cik Elly Aziz turut berkongsi kebaikan setiap bahan yang digunakan.

Kebaikan Setiap Bahan Untuk Merawat Masalah Batuk Dan Selesema

Petua ni mudah je, senang nak buat. Sebagai ikhtiar untuk legakan batuk dan jugak selesema.
Hanya guna nanas, kayu manis ceylon, cengkih dan madu, tu je.
Buah nanas ni kaya dengan vitamin C dan mineral. Kandungan enzim bromelin di empulurnya bertindak sebagai antiradang (anti inflammatory).
Sangat baik untuk kurangkan bengkak dan kesan radang pada tekak. Sekaligus boleh bersihkan sinus dan hidung tersumbat.
Jangan tak tau, nanas ni khasiatnya 5 kali lebih baik daripada ubat batuk.
Madu pun gitu gak. Bekalkan nutrisi yang baik untuk badan. Ada antibakteria dan antifungal. Fungsinya untuk lindung saluran tekak dan kurangkan rasa gatal di tenggorok.
Kayu manis ceylon ngan cengkih tu pun tinggi antioksida.
Viral sekarang ni, cengkih ni boleh bantu rawat C19. Ada yang sembuh. Rasa sesak nafas, sakit dada, paru paru berat, tekak rasa sendat jadi lega bila consume cengkih ni.
Eugnol yang ada dalam cengkih dapat mencegah pembiakan bakteria dan pembekuan darah.
Tak salah pun kita cuba ikhtihar dengan cara ini, kan? Jika anda nak legakan batuk dan selesama, boleh cuba. Kalau masalah batuk dan selesema masih berlarutan, disarankan anda ke klinik untuk mendapat rawatan doktor.
Semoga membantu.
Kredit: Elly Aziz

 

tags: