Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Celup Jari Dalam Minuman Teman Lelaki, Gurauan Pasangan Ini Buat Warganet Berang & Tidak Puas Hati

Celup Jari Dalam Minuman Teman Lelaki, Gurauan Pasangan Ini Buat Warganet Berang & Tidak Puas Hati

Kategori:
GURAUAN-PASANGAN-K-T

Sebagai sebuah pasangan yang bahagia, pasti kita akan luangkan sedikit masa untuk bergurau dengan pasangan masing-masing. Selain sihat, perkara itu juga akan mencipta pelbagai kenangan indah dan manis untuk sesebuah hubungan.

Namun begitu, pada mata orang lain yang memandang, perkara itu boleh undang ketidakselesaan, lebih-lebih lagi jika ianya melampau dan tidak sopan. Bukan sahaja geli, malah sakit hati pun boleh. Jadi pastikan anda bergurau secara berpada-pada bersama pasangan anda.

Celup Jari Dalam Minuman Pasangan

Di laman TikTok, seorang pengguna, firdaus85, memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagatnya bersama pasangannya di sebuah kedai makan baru-baru ini.

Keluar untuk makan bersama, teman wanitanya yang merakam video tersebut ingin menghulurkan minuman pada lelaki itu. Namun ingin bergurau, dia telah mencelup jarinya dalam minuman tersebut sambil memberi lelaki itu gelasnya.

Tersenyum dan tidak mengambil hati dengan tindakan teman wanitanya, lelaki itu melakukan perkara sama padanya. Sudah biasa bergurau begitu agaknya, mereka menyambung menghabiskan makanan masing-masing.

https://www.tiktok.com/@_firdaus85/video/7040352495721303322?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8hvNT4I8xv4sZatdAaDK7%2BWhLnbsHVQfM36h6YRdKEz%2BbT%2BPTPiM1tAJhOj%2BYXz0RoFkGBtBexFXYWXbYGgA%3D&checksum=effe06a1d34069a01bc41caf95b11f3e5d4f4cd5ac0bb11ad9ee867302bc291a&language=en&mid=7040352506173557531&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7040352495721303322&share_link_id=f34cd048-667c-4dd6-902a-a1d5641fc4a9&source=h5_t&timestamp=1639280444&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@_firdaus85Everything okay?♬ original sound – Fir Daus

Gurauan Pasangan Tersebut Undang Rasa Berang Dan Tidak Berpuas Hati Dari Warganet

Menjengah di ruangan komen, warganet bagaimanapun tidak terhibur melihat gurauan pasangan itu. Seperti tidak sopan dan tidak menghormati makanan, mereka berasa berang dan tidak berpuas hati dengan gelagat mereka. GURAUAN-PASANGAN-K-T

Perkara ini jelas merupakan gurauan pasangan, nak menasihati boleh tapi jangan lah pula kita meninggalkan bahasa kesat dan mengecam mereka. Masih terlalu muda, kadang-kadang bila bergurau itu kita juga boleh leka.

Semoga hal ini boleh dijadikan pengajaran buat semua pihak untuk bergurau secara berpada-pada, terutamanya di media sosial kerana ia boleh undang perhatian orang ramai untuk meninggalkan pelbagai komen yang kurang baik.

Kredit: TikTok _firdaus85

Baca Juga: Buat Prank Pada Kawan Di Tempat Kerja, Lelaki Ini Dituduh Membazir. Namun, Ini Penjelasan Sebenarnya

 

tags: |