Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Hanya Makan Nasi Kosong Gaul Minyak & Garam Sahaja Sebelum Pergi Sekolah, Kisah Keluarga Ini Buat Ramai Sebak

Hanya Makan Nasi Kosong Gaul Minyak & Garam Sahaja Sebelum Pergi Sekolah, Kisah Keluarga Ini Buat Ramai Sebak

Kategori:
hanya makan nasi kosong

Semakin hari, kehidupan ini terasa semakin melelahkan dan merisaukan. Mana tidaknya, banyak barangan yang mula naik harga dan secara tidak langsung ia membuatkan ramai dalam kalangan kita yang berasa bimbang.

Bimbang, apakah kehidupan seterusnya ini lebih menyulitkan? Lebih-lebih bagi mereka yang tiada pendapatan tetap. Terpaksa berjimat cermat dan sehinggakan hendak beli lauk pauk pun tidak mampu. Mana tidaknya, harga barangan sekarang betul-betul menjerat rakyat.

Hanya Makan Nasi Kosong Gaul Minyak & Garam Sahaja Sebelum Pergi Sekolah, Kisah Sedih Keluarga Ini Buat Ramai Sebak

Seperti mana kisah sedih yang membuatkan orang ramai berasa sebak, kisah yang dikongsikan oleh Salwa Naidin menerusi aplikasi TikTok itu telah memaparkan keadaan sebuah keluarga yang hanya makan nasi kosong sebagai alas perut.

Bayangkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah hanya makan nasi kosong berlaukkan minyak masak dan garam sahaja. Itulah rutin setiap hari mereka sebelum pergi ke sekolah. Apakan daya, hanya itu yang mereka mampu.

Salwa yang sebelum ini pernah mengunjungi rumah keluarga tersebut tidak menyangka seteruk ini keadaan mereka. Setiap pagi, anak-anak yang masih bersekolah rendah itu akan makan nasi kosong bersama dengan minyak dan garam sahaja.

“Hari tu, datang semula ke rumah kakak ni. Tidak sangka sampai mcm tu sekali nasib mereka sekeluarga. Yang ada rezeki lebih, sama2 berkongsi buat mereka yg memerlukan. Boleh klik link di bio sy”, tulis Salwa di ruangan caption video berkenaan.

@salwanaidin

Hari tu, datang semula ke rumah kakak ni. Tidak sangka sampai mcm tu sekali nasib mereka sekeluarga. 😭 Yang ada rezeki lebih, sama2 berkongsi buat mereka yg memerlukan. Boleh klik link di bio sy. #sebarkankebaikan #kongsirezeki #sedekahjumat #jumaat #fyp #fypシ #viral

♬ original sound – Salwa Naidin – Salwa Naidin

@salwanaidin Hari tu, datang semula ke rumah kakak ni. Tidak sangka sampai mcm tu sekali nasib mereka sekeluarga. 😭 Yang ada rezeki lebih, sama2 berkongsi buat mereka yg memerlukan. Boleh klik link di bio sy. #sebarkankebaikan #kongsirezeki #sedekahjumat #jumaat #fyp #fypシ #viral ♬ original sound – Salwa Naidin

Cakaplah kat mana lokasi family ni..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh para penonton. Selain ramai yang berasa sebak melihat mereka sekeluarga, ramai juga yang bertanya di manakah mereka tinggal.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan keluarga ini agar dimurahkan rezeki dan tabah mengharungi dugaan dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

“Semoga dimurahkan rezeki pada kakak dan adik tu dan semoga tabah mengharungi dugaan. Teruskan perjuangan demi menempuh hari-hari yang akan mendatang”, tulis Roslan Brahimm di ruangan komen.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengharapkan agar Ustaz Ebit Lew membantu keluarga ini. ” Semoga hero Malaysia kita @Ebit Lew sampai rumah adik-adik ini InsyaAllah”, – Apiz Mohd.

Di saat perut kita kekenyangan menikmati pelbagai jenis makanan dan lauk namun adik dan keluarga ini hanya makan nasi kosong bersama-sama dengan minyak dan garam sahaja. SubhanaAllah, sedih bukan?

Rupa-rupanya masih lagi ramai dalam kalangan masyarakat Melayu kita pada hari ini begitu struggle untuk meneruskan kehidupan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tiada sang ayah di sisi. Hanya si ibu yang melakukan segenap hal, sungguh menyedihkan.

Semoga keluarga ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan serta anak-anaknya menjadi orang berjaya satu hari nanti.

Sumber: TikTok Salwa Naidin

Baca juga: “Bomoh Rumah Sendiri..” Pagar Rumah Ditaburi Beras, Sangka Ada Orang Niat Jahat Rupa-Rupanya..

tags: | | | | | | |