Semenjak dunia dilanda pandemik Covid-19, kita dapat melihat banyak perniagaan yang terkesan. Ada yang mampu teguh dan makin maju, ada pula yang sebaliknya.
Ketika banyak industri sedang pulih akibat dari kesan pandemik Covid-19, mereka sekali lagi diuji dengan keadaan ekonomi yang sangat meresahkan. Tambahan dengan begitu banyak persaingan, segelintir juga terpaksa menamatkan operasi perniagaan kerana tidak mampu untuk diteruskan.
Terbaharu, syarikat servis penghantaran barangan runcit termuka di Asia Tenggara, HappyFresh memaklumkan pada pengguna setianya bahawa ia telah membuat keputusan untuk menamatkan segala operasi di Malaysia.
Setelah 7 tahun beroperasi di negara ini, berita itu datang secara mengejut buat pengguna setia HappyFresh. Sepanjang operasi mereka, HappyFresh berjaya menyediakan pekerjaan untuk 850 pekerja dan telah bekerjasama dengan lebih daripada 400 kedai di sekitar Indonesia, Malaysia dan Thailand.
(Dua servis berbeza; menyediakan perkhidmatan personal shopper dan rider.)
Meskipun begitu, pihak mereka terpaksa membuat keputusan sukar ini oleh kerana keadaan semasa ekonomi.
Selain turut ingin berkembang di negara Asia Tenggara yang lain, syarikat itu turut memasang objektif untuk menyediakan platform membeli belah yang lancar untuk kesenangan dan memberikan servis yang berkualiti.
Pengguna tak perlu keluar dari rumah untuk membeli, mereka juga ingin memberi ruang untuk pengguna untuk meluangkan waktu bersama keluarga.
Mengucapkan selamat tinggal, pihak HappyFresh juga berterima kasih pada pengguna setia mereka kerana telah memberi peluang untuk bantu memudahkan hidup pengguna.
Pengguna juga perlu dimaklumkan bahawa segala baucar dan kod diskaun tidak lagi boleh diguna pakai. Untuk sebarang soalan atau info, anda boleh merujuk pada FAQ di sini.
Penamatan operasi HappyFresh jelas memberi kesan yang besar, terumatanya pada pengguna setianya. Melihat pada keadaan ekonomi semasa, banyak perniagaan, tak kira kecil atau besar yang terkesan dan terpaksa mengambil langkah drastik, termasuklah menghentikan operasinya.
Kredit: HappyFresh
Baca Juga: Hello Penggemar Snek Sihat, Kurangkan Stress Korang Dengan Alternatif Snek Sihat Dari PopCorners Ini