Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kan Elok Camni..”- Harga Lauk Sotong Makin Mahal, Tindakan Peniaga Ini Dapat Pujian Orang Ramai

“Kan Elok Camni..”- Harga Lauk Sotong Makin Mahal, Tindakan Peniaga Ini Dapat Pujian Orang Ramai

Kategori:
lauk sotong

Semakin hari, orang ramai berasa sangat gelisah dengan kenaikkan harga barangan dari masa ke semasa. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan pada pengguna, malah pada para pengusaha makanan dan minuman.

Berasa tersempit, segelintir peniaga terpaksa menaikkan harga jualan bagi menampung pelbagai kos. Tindakan itu boleh membuat pembeli berasa kecewa, terutama jika mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Untuk adil dan tiada unsur penipuan, peniaga perlu memaklumkan mengenai perubahan harga pada pelanggan seperti yang telah dilakukan oleh peniaga ini.

“Kan Elok Camni..”- Harga Lauk Sotong Makin Mahal, Tindakan Peniaga Ini Dapat Pujian Orang Ramai

Tidak dinafikan bahawa antara harga barang mentah yang semakin mahal adalah makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan sebagainya.

Meskipun begitu, seorang peniaga di sebuah kedai makan ini masih menjualnya sebagai lauk makan tengah hari. Kerana mahal, dia tahu ada segelintir pelanggan yang tidak mampu untuk membelinya. lauk sotong

Supaya tidak terjadi satu isu, peniaga itu meletakkan notis harga buat seekor sotong. Dijual pada RM15, pelanggan telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut jadi jika mereka tidak berpuas hati, peniaga tidak akan disalahkan sepenuhnya memandangkan mereka telah memaklumkan hal itu. lauk sotong

Melihat tindakan peniaga itu, pelanggan malaytops memujinya kerana peniaga tersebut telah melaksanakan tanggungjawabnya. Selebihnya atas pengguna dan tiadalah mereka terkejut jika membayar harga yang lebih.

@malaytops😋♬ original sound – Fin_Raidz

Di ruangan komen juga, orang ramai turut memuji tindakan peniaga tersebut. Bertindak cepat dan memaklumkan pelanggan mengenai harga setiap lauk yang dijual terlebih dahulu, pengguna kitteh berasakan bahawa tindakannya dapat membantu pelanggan untuk berjimat-cermat dan mengawal perbelanjaan mereka.

Orang Ramai Dapat Jimat, Turut Puji Peniaga lauk sotong

Bagus sangat peniaga ini! Selepas ini, tiadalah pelanggan terkejut kalau perlu bayar lebih. Sekurang-kurangnya mereka telah dimaklumkan mengenai perkara itu, nanti peniaga tiada pula dipersalahkan.

Korang yang turut meniaga boleh la ikut cara peniaga ini, nanti mudah dan tiada isu dengan pelanggan.

Kredit: malaytops

Baca Juga: Pasang Lagu Kpop Sepanjang Hari, Gelagat Dua Pekerja Bakeri Ini Buat Ramai Terhibur

tags: | | | | | | | | |