Nasi kandar merupakan kegemaran ramai, terutamanya bagi warga Penang. Dihidang bersama aneka kari dan hidangan sampingan, ia boleh didapati di pelbagai restoran Mamak dan gerai hidangan India Muslim.
Walaupun ia sering dilengkapi dengan ayam goreng atau kari ikan, orang ramai juga gemar menikmatinya dengan sotong goreng. Kini, harga nasi kandar makin meningkat. Lauk-pauk yang dipilih menjadi faktor utama harga nasi kandar meningkat. Jika tidak berhati-hati ketika memilih lauk anda, boleh jadi anda akan pulang dengan poket kosong!
Di laman TikTok, seorang pengguna, gabantero memuat naik sebuah video yang memaparkan harga sotong goreng yang telah mencecah RM 240!
Boleh didapati di Restoran Hameediyah di Penang, harga sotong goreng tersebut sebegitu kerana berkualiti dan mempunyai rasa yang enak. Dengan saiz yang besar, orang ramai terkejut bila melihat harganya.
@gabantero Nasi kandaq punya pasai..Geng2 Penang betul ka ini Price? #gabantero #apekchowkit #nasikandar #hameediyah #campbellstreet #viral
@gabanteroNasi kandaq punya pasai..Geng2 Penang betul ka ini Price? ##gabantero ##apekchowkit ##nasikandar ##hameediyah ##campbellstreet ##viral♬ original sound – Gabantero
Menjengah di ruangan komen, warganet sangat tidak bersetuju dengan harga yang dikenakan pada pelanggan. Terlampau mahal, hanya yang senang sahaja mampu merasainya.
Malah, ada juga beberapa warganet yang mengatakan bahawa harga sangat tidak berbaloi. Wang yang dihabiskan boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting.
Walaupun hidangan tersebut agak ‘luar biasa’, ianya sangat tidak adil buat para peniaga untuk mengenakan harga mencekik darah pada pelanggan. Perkara tersebut akan menimbulkan rasa tidak puas hati, lalu membuatkan mereka berasa ragu-ragu dan tidak ingin lagi mengunjungi kedai makan.
Harap para peniaga boleh menjelaskan isu ini dan meniaga dengan penuh ikhlas. Meskipun kita semua terkesan dengan pandemik dan ingin mencari rezeki, kita tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas situasi sekarang.
Kredit: TikTok gabantero