Dunia dikejutkan di sidang National Food Security Initiative yang berlangsung di Tel Aviv, Israel. Telah terdedah nama lima individu yang telah memberi sumbangan kepada program jaminan makanan Israel. Antara nama tersenarai adalah seorang hartawan terkenal dari United Arab Emirates (UAE) iaitu Mohamed Alabbar.
Calcalist melaporkan, selama 18 tahun, para penyumbang telah memberikan sumbangan sebanyak 550 juta NIS, bersamaan dengan 170 juta Dollar kepada beribu-ribu keluarga yang memerlukan di negara tersebut.
Antara nama yang tersenarai adalah, Moti Ben Moshe, Len Blavatnik dan Mohamed Alabbar, pemilik Emaar Properties yang memiliki Burj Khalifa, iaitu menara tertinggi di dunia yang terletak di Dubai, UAE.
( Len Blavatnik, Mohamed Alabbar, Moti Ben Moshe)
Selama 18 tahun, mereka sangat berhati-hati untuk mengelakkan nama mereka dari terdedah oleh pihak media. Pendedahan telah dirancang pada awal tahun 2020, namun oleh kerana wabak Covid-19 yang menular di seluruh negara, ianya ditunda ke Isnin lepas.
Di luar dugaan, Calcalist turut tidak menjangka bahawa Mohamed Alabbar juga tersenarai antara penyumbang program tersebut.
Kredit: Middle East Monitor
Baca Juga: Lelaki Guna ‘Aplikasi Setel’ Minta Hantar Air Mineral Selepas Terdesak Tiada Air Di Tandas