Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Anak Nak Makan Makanan Luar Je, Ibu Ini Gigih Masak Dan Bungkus Macam Kedai Demi Anak

Anak Nak Makan Makanan Luar Je, Ibu Ini Gigih Masak Dan Bungkus Macam Kedai Demi Anak

Kategori:
anak nak makan makanan luar je

Ragam setiap anak memang berbeza-beza. Sebagai ibu bapa, memang menjadi satu cabaran menghadap pelbagai kerenah anak. Tetapi tidak boleh dinafikan, kerenah anak sebenarnya adalah satu situasi seronok dalam melihat mereka membesar.

Sebagai ibu bapa, mereka semestinya akan melakukan apa sahaja demi anaknya. Memenuhi kemahuan dan keinginan anak adalah antara impian ibu bapa yang ingin dipenuhi mereka. Sememangnya, setiap pengorbanan ibu bapa memang besar walau terlihat kecil.

Anak Nak Makan Makanan Luar Je, Ibu Ini Gigih Masak Dan Bungkus Macam Kedai Demi Anak

Seperti video dikongsikan seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu melalui TikTok @M4kBeruang , dia berkongsi pengalamannya melayan kerenah comel anak yang hanya ingin makan makanan luar. Walaupun terlihat situasi tersebut di luar jangkaan, dia tetap mahu memastikan anaknya makan supaya sihat.

anak nak makan makanan luar je

Jadi, ibu tersebut tampil dengan idea dan taktik kreatif. Melalui perkongsian video berkenaan, dia dilihat memasak sendiri makanan itu di rumah dan menghidangkan ia dalam bungkusan bekas plastik serta diletakkan dalam beg kertas.

Dengan itu, anaknya akan menganggap makanan itu dibeli di kedai makan luar.

“Bila anak susah makan, nak makanan yang beli dekat luar je. Seronok dia bila nampak paper bag tu. Dirimu tertipu nakkkk!,” tulisnya untuk keterangan video anak nak makan makanan luar je itu.

Melihat kepada reaksi anaknya selepas ibu memberi makanan tersebut, kelihatan anaknya sangat gembira dan sungguh selera menikmati makanan yang dianggap dibeli di luar berkenaan.

“Seronok Dia Bila Nampak Paper Bag”

anak nak makan makanan luar jeanak nak makan makanan luar je

@m4kberuang Arissa oh Arissa🤣🤣🤣 #fyp ♬ Funny Song – Cavendish Music

Melihat ruangan komen, ramai para ibu lain yang geli hati dengan tindakan wanita terbabit. Ada yang bercerita tentang pengalaman yang hampir sama dan ada juga yang mahu meniru taktik ini untuk anak masing-masing.

Misalnya, seorang netizen bernama @aleeya_nashaajim berkata, “anak saya susah sikit makan. Nak makan kena ramai-ramai tak kan nak call family bapak dia datang rumah semata-mata nak makan ramai-ramai,” luahnya dalam video kisah anak nak makan makanan luar je.

Selain itu, netizen lain bernama @marlinamohdadnan berkata, “anak saya yang sulung tu tak boleh tipu. Kalau saya masak rumah nenek dia, bawak balik bekal bagi dia, dia cakap bukan nenek masak. Dia tahu saya yang masak. Rasa masakan saya akan sama,”katanya.

“Pengalaman Hampir Sama Tentang Ragam Anak Nak Makan”

anak nak makan makanan luar je

Sememangnya, melayan kerenah anak-anak ni memang menghiburkan hati dan melucukan kan? Di sini pun dah nampak pengorbanan ibu bapa besar sangat. Semoga ibu bapa dekat luar sana dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan ya.

Sumber: M4kberuang

Baca juga: “Kalau Niaga, Kami Nak Jadi Macam Hang”, Peniaga Crepe Cuci Lantai Koridor Kedai Lain Dapat Pujian Netizen, Ini Ceritanya..

tags: | |