Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ibu Ini Kongsi Resepi Udang Masak Rendang, Sangat Mudah! Kalau Makan Pastinya Tak Cukup Sekilo Udang

Ibu Ini Kongsi Resepi Udang Masak Rendang, Sangat Mudah! Kalau Makan Pastinya Tak Cukup Sekilo Udang

Kategori:
resepi udang masak rendang

Udang masak rendang atau pun udang rendang terlalu jarang orang buat kan. Bila waktu raya, ramai yang buat rendang daging, rendang ayam dan rendang kerang je. Mungkin untuk kesekian kalinya anda boleh cuba udang masak rendang ni. Kalau makan dengan lemang memang lagi padu.

Resepi Udang Masak Rendang

Bahan Kisar:

  • 6 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

Bahan Lain:

  • 600 gram udang
  • 1 cawan santan
  • Kerisik
  • 1 sdm gula
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit

Cara penyediaan:

  1. Kisarkan semua bahan kisar di atas. Kemudian panaskan minyak dan tumis. Jangan laju-laju nanti merecik minyak dekat tangan tau. Masak sehingga pecah minyak ye. 
  2. Masukkan santan. Ibu menggunakan santan segar. Nak pakai santan kotak pun takde masalah. 
  3. Kemudian masukkan kerisik. Kalau nak beli kerisik, tolong bau dulu. Takut hampak. Kalau hampak terus tak sedap rendang kita. 
  4. Masukkan gula dan garam. Masak rendang ni bagi kering sedikit. Api sederhana untuk memekatkann kuah rendang kita.
  5. Apabila dah nampak kering sikit, bolehlah masukkan udang. Udang ni kalau nak buang kulit dulu atau pun tak, terpulang. Tapi seeloknya tak payah buang kulit sebab rasa dia akan lagi power. 
  6. Akhir sekali masukkan sehelai daun kunyit. Taburkan. Siapa suka daun limau pun boleh masukkan. 
  7. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ameera

tags: | |