Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Baru Sahaja Nak Goreng Kentang Di Dapur, Ibu Ini Terkejut Anak Baling Lampin Hingga Masuk Dalam Kuali Minyak

Baru Sahaja Nak Goreng Kentang Di Dapur, Ibu Ini Terkejut Anak Baling Lampin Hingga Masuk Dalam Kuali Minyak

Kategori:
Anak Baling Lampin Hingga Masuk Dalam Kuali

Tanggungjawab dan peranan seorang ibu tidak mudah dipikul. Kadang-kadang kerana sibuk sepanjang hari gara-gara menguruskan anak dan suami, si ibu tidak mendapat rehat yang mencukupi.

Jadi bila mereka mempunyai sedikit waktu yang terluang, sudah tentu si ibu mahu rehat dan makan sepuasnya. Tapi bila tinggal sahaja anak sekejap, pasti ada sesuatu yang akan berlaku!

Baru Sahaja Nak Goreng Kentang Di Dapur, Ibu Ini Terkejut Anak Baling Lampin Hingga Masuk Dalam Kuali Minyak

Kejadian malang menimpa seorang ibu, ayuerasip yang berkongsi menerusi sebuah video yang telah dimuat naiknya di laman TikTok.

Menurutnya, dia yang mempunyai sedikit waktu terluang setelah penat seharian menjaga anak ingin ke dapur untuk menggoreng sedikit kentang untuk dimakan. Anak Baling Lampin Hingga Masuk Dalam Kuali

Tapi bila baru sahaja suhu minyak masak mula panas, sehelai lampin bayi tiba-tiba muncul,  terbang dan jatuh dalam kualinya. Terkejut, wanita itu panik apabila ia mula cair, dia terus menutup api.

Geli dengan perkara tersebut, wanita itu terus mengambil kuali tersebut dan dibersihkan sebaik mungkin bagi menghilangkan kesan plastik yang telah cair. Anak Baling Lampin Hingga Masuk Dalam Kuali

Setelah berbuat begitu, dia sambung menggoreng di dapur. Kemudian bila disiasat, dia mengetahui bahawa si pelaku tak lain tak bukan anak keduanya.

@ayuerasip pampers terbang..anak no 2 mmg mcm ni eh 😅#positifselalu #fypシ #doayangbaikbaik🤲💕 ♬ bunyi asal – Nyap tahuk

Menjengah di ruangan komen, orang ramai hingga pecah perut mendengar kisah tersebut. Perangai ganas anaknya hingga buat ramai geleng kepala.

“Dah kenapa boleh jadi macam tu? Dia ingat tu tong sampah kot.”, usik seorang pengguna.

Anak Terlalu Ganas, Netizen Hingga Terhibur Anak Baling Lampin Hingga Masuk Dalam Kuali

Tak boleh tinggal sekejap, terus dia buat hal! Ganas betul anaknya, kan? Jadi para ibu di luar sana, hati-hati dan sentiasa pantau anak-anak tau. Takut nanti kejadian sebegini turut menimpa anda.

Kredit: ayuerasip

Baca Juga: Beli Burger Tepi Jalan Jam 1 Pagi, Lelaki Ini ‘Seram’ Bila Dapat Sayur Lain Macam

tags: | | |