Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Habis Sumpahan Itu Putih La Balik..” Ikan Dayang Senandung Ini Buat Warganet Pecah Perut Melihatnya

“Habis Sumpahan Itu Putih La Balik..” Ikan Dayang Senandung Ini Buat Warganet Pecah Perut Melihatnya

Kategori:
ikan dayang senandung

Kerja memasak bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan sahaja memerlukan fokus dan minat, malah pemerhatian yang teliti perlu bila sedang menyediakan sesuatu hidangan. Jika dibiarkan, pelbagai hal yang tidak diingini boleh terjadi, patut lah ibu-ibu marah jika lalai di dapur!

Namun begitu, sebagai seorang manusia, ada waktunya kita leka dan mudah terlupa dengan pekerjaan yang sedang dilakukan. Baru sahaja mahu menggoreng tapi mata sudah mula melayani media sosial di telefon bimbit. Tanpa sedar, hidangan di atas dapur sudah berasap!

Ikan Dayang Senandung?

Baru-baru ini, seorang pengguna laman Facebook, Radin Eyza Radin Kamar, berkongsi hasil masakannya di sebuah group iaitu Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Hasil yang mengejutkan, ikan yang digoreng olehnya didapati rentung sepenuhnya sehingga tidak boleh dikenalpasti.

Terhibur dengan kegagalannya sendiri, menurutnya ikan yang digoreng merupakan lauk terbaharu iaitu ikan dayang senandung!

Ini ikan Dayang Senandung namanya

ikan dayang senandung

Ikan Terkena Sumpahan…

Melihat di ruangan komen, warganet juga berasa terhibur melihat rupa ikan tersebut. Seperti Dayang Senandung yang terkena sumpahan, mereka mengesanya supaya cepat mencari Putera Raja supaya dapat putih kembali. ikan dayang senandung

Berhati-Hati Ketika Memasak

Kejadian itu juga merisaukan beberapa individu. Tidak sepatutnya terjadi, mereka berharap dia lebih berhati-hati ketika menggoreng. ikan dayang senandung

Siapa sahaja yang pernah berniat ke dapur untuk menggoreng ikan, tapi hasilnya adalah ikan dayang senandung? Mesti pernah terkena, kan? Yang penting cuba cari jalan untuk menyelamatkannya, sayangnya jika dibuang dengan begitu.

Harap selepas ini kita juga berhati-hati dan menumpukan lebih perhatian di dapur. Ini baru ikan sahaja rentung, belum lagi dapur.

Kredit: Radin Eyza Radin Kamar via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Mana Jual Ni, Nak Beli..”, Telur Langsung Tidak Melekat Pada Kuali Buat Orang Ramai Berminat Pada Kuali Wanita Ini

tags: