Bila ke pasar, ikan selar antara ikan yang menjadi pilihan untuk dibeli. Kandungan gizi dan vitamin A, B1, B2 dan B3, jadi tak hairan kenapa ramai yang samakan ikan ini dengan ikan salmon. Jika ke pasar, para ibu mesti membeli ikan ini.
Meskipun rajin ke pasar, tak semua orang mampu untuk menyiang dan mencuci ikan dari rumah. Bila datang sibuk dan perlu melayan kerenah keluarga, lebih baik meminta peniaga untuk jimatkan masa. Tak perlu lah terlalu lama di dapur bila nak masak nanti.
Namun tak semua orang mempunyai ‘bakat’ untuk menyiang dan mencuci ikan. Tersalah sikit naya ikan itu! Itulah yang terjadi pada seorang wanita yang telah meminta seorang peniaga untuk menyiang ikan buatnya. Apabila balik ke rumah, terkejut tengok hasilnya!
Kecewa, itulah perasaan Wan Zunaidah Othman apabila dia telah berkongsi gambar ikan selar yang dibeli olehnya baru-baru ini. Gambar yang dimuat turun itu mendapat perhatian warganet apabila keadaan ikan kelihatan teruk dikelar.
Beli ikan selar yg besar tu…balik rumah terkejut tengok….huhuhu…bukan sebelah.dua2 belah di potong.agak2nya nak buat macam mana ya biar nampak cantik sikit….lain kali beli ikan tunggu… tengok pekerja kedai tu siang ikan ya…
Menjengah di ruangan komen, ada juga warga peniaga yang lain yang turut rasa bersimpati dengan apa yang terjadi.
Ada juga warganet yang menasihati wanita itu untuk menyiang ikan selar sendiri lain kali kerana ianya merupakan ikan yang kecil.
Sedih juga kita sebagai pembeli bila terjadi perkara seperti ini, kan? Bagi peniaga, kalau tak mampu untuk menyiang ikan dengan sebaiknya, adalah lebih baik memaklumkan kepada pelanngan, nanti tak adalah isu pelanngan tak puas hati. Sebagai pelanggan juga, mana yang boleh dilakukan dengan sendiri boleh lah buat sendiri.
Kredit: Wan Zunaidah Othman via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni
Baca Juga: Baru Je Nak Siang Sotong, Dapat ‘Benda’ Percuma. Netizen Dedah Ini ‘Taktik’ Peniaga Rupanya!