Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai Yang Simple Tapi Sedapnya Berganda-Ganda!

Ini Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai Yang Simple Tapi Sedapnya Berganda-Ganda!

Kategori:
resepi ikan kembung masak pedas ala thai

Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai ini dikongsi oleh Muza Muzawati di laman Facebook MAHN. Walaupun tengok gambar sahaja, rata-rata netizen meninggalkan komen yang seakan-akan menyeru untuk mencuba hidangan ini kerana ianya teramat sedap.

Walaupun masakan ini sangat simple tetapi sangat sedap, makan dengan nasi panas memang menjadi! Nak cuba buat Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Cara Buat Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai Mudah & Sedap

BAHAN-BAHAN:

Bahan Kisar:

  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Serai 3 btg
  • Bawang putih 6 ulas

*Kisar jangan sampai hancur sangat

Bahan Lain:

  • Sos ikan
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Gula
  • Air secukupnya
  1. Ikan kembung dicuci bersih dan di sapu dengan kunyit dan garam.
  2. Goreng ikan tersebut sehingga masak.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan sos-sos dan gula secukupnya. Gaul rata.
  6. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kuahnya. Agak-agak je.
  7. Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng tadi.
  8. Gaul sehingga rata dan tutup api.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai ini? Sekali buat pasti lepas ni nak buat lagi. Kalau tak berselera, masak je lauk macam ini. Confirm licin nasi seperiuk!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Muza Muzawati Via MAHN

Baca juga: Resepi Ikan Patin Tempoyak Asli Temerloh, Lagi Pekat Kuah Lagi Sedap Dan Menyelerakan, 3 Bahan Ini Wajib Ada!

tags: |