Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ikan Pais Tenggiri dan Kembung Dahlia’s Kitchen

Ikan Pais Tenggiri dan Kembung Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,

Hai semua. Bila tengahari je selalu ada masalah dalam memilih untuk memasak lauk apa kan? Apa kata hari ini saya bantu anda menyelesaikan masalah anda dalam memilih lauk yang akan dimasak. Resepinya sangat lah senang, mudah diperolehi dan semestinya lagi sedap. Hari ini saya akan tunjukkan kepada anda semua resepi ikan pais tenggiri dan kembung versi Dahlia’s Kitchen.

 

Resepi Ikan Pais Tenggiri dan Kembong

Bahan-Bahan Kisar:

  • 20 Batang Cili Kering
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 6-7 Ulas Bawang Kecil
  • 7-9 Ulas Bawang Putih
  • 1 Ibu Jari Belacan
  • Air Sedikit

Bahan-Bahan Lain:

  • Potongan Ikan ( Ikan citarasa masing-masing)
  • 9 Biji Limau Kasturi (jus nya SAHAJA)
  • Beberapa Biji Asam Jawa
  • Daun Pisang (disangar atas api)
  • 1 Sudu Besar Gula
  • Sedikit Garam
  • Hirisan Daun Limau (optional)

Cara-cara:

  1. Dalam satu mangkuk, campurkan bahan kisar bersama air perahan limau (jus limau). Kemudian, tambahkan garam serta gula. Kacau sebati kesemua bahan.
  2. Kemudian letak campuran bahan tadi diatas daun pisang. Ikan yang telah dicuci bersih, diletakkan diatas.
  3. Letak asam jawa, kemudian tambah lagi campuran bahan diatas ikan tadi.
  4. Bungkus kemas-kemas, susun diatas pemanggang.
  5. Bakar selama 15 minit. Terbalikkan ikan setiap 5-6 minit untuk pastikan ikan masak dengan sempurna.
  6. Setalah siap hidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Tak cuba tak tahu.

Tonton video di bawah untuk mengetahui langkah-langkah penyediaannya:

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: | | | |