Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ikan Siakap Kengsom Original Thai Ini Pasti Memikat Selera Anda, Sangat Sedap!

Ikan Siakap Kengsom Original Thai Ini Pasti Memikat Selera Anda, Sangat Sedap!

Kategori: ,,

Bermacam-macam aneka masakan yang boleh dimasak dengan ikan siakap ini. Antaranya ialah ikan siakap kengsom. Ikan siakap kengsom ini sebenarnya berasal daripada Thailand. Dan nak menjumpai restoran yang menyediakan masakan original Thailand yang sedap di Malaysia sememangnya agak sukar.

Kalau dapat memang hari-hari pergi kedai itu kan? Tapi kali ini, tak payah susah-susah nak cari restoran Thailand dah. Sebab anda boleh cuba buat sendiri dekat rumah. Rasanya persis sama sebab resepi ini original thai. Anda perlu cuba dahulu dan baru tahu bagaimana rasanya.

Resepi Ikan Siakap Kengsom Original Thai

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1/2 biji nenas
  • Kangkung
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam
  • Gula

Bahan Kisar:

  • 2 tangkai cili merah
  • 8 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar – sederhana besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.
  3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula.
  4. Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup.
  5. Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota: Masakan Thailand mesti ada masam, manis dan pedas. Baru menjadi!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Azie Kitchen

tags: |