Setiap lelaki mempunyai hobi yang unik. Antaranyanya adalah aktiviti memancing yang sering dilakukan pada hujung minggu. Meskipun aktiviti itu kurang digemari oleh para isteri, namun ada beberapa orang tidak kisah hasil pancingan tersebut boleh dibawa pulang dan dijadikan lauk buat seisi keluarga.
Lebih-lebih lagi jika si suami itu seorang expert bab memancing, memang best lah menikmati pelbagai jenis ikan. Segar-segar lagi enak! Sedap sangat sampai licin semuanya bila dijadikan lauk.
Di laman Facebook, hobi seorang suami dapat membawa rezeki pada seorang pengguna, Emma Wan Noordin. Menurut wanita itu, suaminya telah pulang dari memancing bersama ikan susu, hasil tangkapannya.
Hairan dengan nama ikan tersebut, wanita itu lantas menggorengnya. Malah, ikan tersebut sangat digemari sehingga semua ‘ahli keluarga’ datang untuk menjamunya Fuhhh, berselera nampak!
Suami memancing dapat ikan susu katanya.. Tak pernah dengar pulak nama ikan susu. Btl ke ada ikan susu ke suami saya pelat nak sebut nama lain?
Ikan susu goreng dgn garlic+serbuk ketumbar.
Ramai peminat ikan susu kat rumah ni. Habis licin pinggan masing2.
Ujar warganet, ikan tersebut memang sedap untuk dinikmati dalam pelbagai jenis resepi. Buat apa pun memang menjadi dan kena dengan selera.
Gelagat haiwan perliharaan wanita itu berjaya juga mencuri tumpuan orang ramai.
Memang seronok bila semua dapat berkumpul dan makan bersama macam ini, kan? Hasil tangkapan suami haruslah dikongsikan bersama semua, barulah menjadi sebuah keluarga bahagia.
Kredit: Emma Wan Noordin via MATJHN OFFICIAL
Baca Juga: “Beranak Tak Lepas Ni..” Warganet Keliru Melihat Rupa Ayam Istimewa, Sampai Takut Nak Makan.