Ikan Tongkol Masak Asam

Isi ikan tongkol yang tebal & sedikit keras sangat sedap kalau dimasak dengan hidangan yang berkuah. Contohnya seperti gulai kuning, gulai kari & asam pedas.

Bahan – Bahan

  • Serbuk Kunyit
  • Sedikit Garam & Gula
  • Minyak
  • 5 Tangkai Cili Padi
  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Cawan Air Asam Jawa
  • Sedikit Halia

Cara – Cara

  • Taburkan serbuk kunyit & garam pada ikan,
  • Panaskan minyak , kemudian masukkan ikan
  • Pada masa yang sama tumbuk cili, halia, bawang besar & putih.
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk, kemudian masukkan air asam jawa
  • Masukkan garam & gula secukup rasa, ahkir sekali masukkan bawang besar & ikan yang digoreng tadi

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 9 times!)