Setiap hari, pelbagai kejadian yang akan berlaku tidak dapat diduga oleh kita. Ada hari yang malang dan sebaliknya. Ia adalah hal yang tidak mampu diduga dalam menempuh hari-hari mendatang.
Dalam kita keluar mencari rezeki, pasti ada hari yang sedikit tidak baik. Ia mungkin akan mengajarkan sesuatu buat kita. Samada pengajaran atau pangalaman, kedua-duanya menguatkan.
Seperti sebuah video yang dikongsi oleh seorang TikTokers, Andrew Chah, hantaran videonya mendapat perhatian ramai. Dia menceritakan bagaimana dia menghadapi situasi di mana mengajarkan ia tentang keikhlasan dalam hidup.
Menurutnya, keretanya dilanggar oleh seorang anak muda yang bekerja sebagai rider Grab. Tetapi, apa yang memeranjatkannya, masih ada lagi jiwa yang baik dan ikhlas apabila anak muda itu setia menunggu sehingga dia datang untuk melaporkan kerosakan tersebut.
Biasanya, apabila kereta dilanggar dan mereka bersalah, ada yang melarikan diri dan terus cabut lari kerana tidak mahu bertanggungjawab. Anak muda berkenaan membutikan masih ada jiwa yang baik dan ikhlas serta mahu bertanggungjawab dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Dia bertanya kepada anak muda berkenaan kenapa dia tidak lari sahaja selepas melanggarnya. Jawapannya membuatkan dia bangga dengan anak muda tersebut yang keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
“Saya buat salah, takkan saya nak lari. Ikut you lah mahu saya ganti berapa..”, ujar lelaki itu kepadanya apabila dia ditanya.
Jadi dengan itu, dia melepaskan anak muda itu dengan tidak mengambil ganti rugi walau satu sen kerana percaya ikhlas itu indah.
@onsir11 Hari tu kereta Parking tak jumpa , hari ni kereta kena langgar pulak ๐๐๐ #fyp #onsir #tiktok #tiktokviral #bantumalaysia #iklasituindah
@onsir11 Hari tu kereta Parking tak jumpa , hari ni kereta kena langgar pulak ๐๐๐ #fyp #onsir #tiktok #tiktokviral #bantumalaysia #iklasituindah โฌ original sound – Andrew Cheah ่ฐขๅๅ – On Sir – Andrew Cheah
Melihat ruangan komen, ramai yang terharu dengan perkongsian kisah ikhlas itu indah berkenaan. Masih ada orang-orang baik di luar sana yang membuatkkan kita percaya dunia ini boleh jadi aman damai.
“Terima kasih boss sebab prihatin pada yang mencari rezeki,” kata netizen bernama Dee.
“Terbaik boss,” awak buat mata saya berair, tinggi empati you..”, tulis Juan Naa selepas melihat video ikhlas itu indah berkenaan.
Dalam perkembangan sama, dalam sebuah video yang dikongsi semula menerusi Instagram miliknya semalam, Fasha, 39, memuji pekerti mulia pemuda itu yang tidak melarikan diri selepas melanggar sebuah kereta.
Memuji sikap baik pemuda itu, Fasha meluahkan niat mahu memberikan hadiah kerana tersentuh melihat kegigihannya bekerja keras mencari pendapatan pada usia 19 tahun.
โKepada adik ini, nombor plat motosikal VFX 8379 sila hubungi kakak. Kakak ada hadiah nak bagi awak. Memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja untuk keluarga.
โAdik ini harus dijadikan contoh yang baik buat semua penunggang motosikal, termasuk adik saya, Ikmal Daniel. Jika terlanggar, sila berhenti dengan baik okey?โ katanya lagi.
Semoga kemanusiaan seperti ini sentiasa tersebar luas. Lihatlah, Malaysia dan dunia akan lebih aman jika orang-orang seisinya punya tanggungjawab dan empati yang tinggi seperti ini. Syabas buat kedua-dua insan!
Sumber: Andrew Cheah