Akhir-akhir ini, media sosial sedang dibanjiri dengan aneka makanan viral. Antaranya adalah tiram mentah yang mula terkenal selepas dijadikan konten mukbang. Semenjak itu, makanan tersebut menjadi kegilaan dan ramai yang mencari kedai dan restoran yang menyajikannya.
Namun bila sesuatu itu dimakan secara mentah, ia boleh mendatangkan risiko yang besar pada kesihatan anda. Risau dengan makanan itu yang semakin viral, seorang individu tampil dengan nasihat.
Masih hangat dicuba orang ramai, seorang individu tipswitheen, mula berasa risau apabila melihat makanan dan restoran tiram mentah menjadi viral di media sosial.
Nampak sedap dan menyelerakan, ramai di antara kita yang ingin cuba hidangan tersebut untuk ketahui apa yang menjadinya unik dan bualan ramai. Tapi individu tersebut resah kerana ramai diantara kita yang lalai dan dengan selamba sahaja cuba tanpa mengetahui makanan tersebut secara sepenuhnya.
Nasihatnya, sebelum cuba mana-mana hidangan seperti tiram mentah ini, orang ramai seharusnya melakukan penyeledikan terlebih dahulu. Ini terutamanya pada makanan mentah seperti hidangan ini.
Pernah melihat seorang wanita viralkan tiram mentah yang mempunyai isi berwarna hitam, dia menegaskan supaya lebih berhati-hati dan sedar bahawa isi tiram mentah yang segar adalah berwarna putih.
Jika termakan tiram mentah yang sudah disimpan lama dan tidak segar, hal itu boleh mendatangkan risiko keracunan makanan pada individu tersebut. Tambahnya juga, keracunan makanan juga boleh menyebabkan kematian.
Oleh itu, ingin dia menekan sekali lagi bahawa isi tiram yang segar adalah berwarna putih bersih dan bukannya hitam. Jadi orang ramai perlulah mengingati perkara tersebut mencuba tiram mentah.
https://www.tiktok.com/@tipswitheen/video/7132348352204688666?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@tipswitheen Sebelum join makan benda-benda viral ni, seeloknya selidik dulu info seperti rupa dia masa fresh dan tidak fresh. Sekali kena, boleh dibawa mati ya food poisoning ni. Oyster yang fresh adalah berwarna putih. #oyster #foodpoisoning #fyp #fypシ #fypage #fypdongggggggg ♬ original sound – yayazureimy
Tujuan perkongsian individu tersebut bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak yang membekalkan atau menjalankan restoran tiram mentah tapi sekadar info dan peringatan buat orang ramai untuk lebih bijak membuat pilihan dan mencuba sesuatu yang baharu.
Kredit: tipswitheen
Baca Juga: Pekerja Lori Sampah Buat Kerja Di Depan Kedai Makan, Lelaki Ini & Kawan Terus Hilang Selera