Garang asem ayam kuah bening ini adalah sejenis hidangan yang dibungkus bersama dengan daun pisang untuk memberikan keharuman pada lauk yang disediakan. ianya amat sesuai dimakan bersama dengan nasi putih dan boleh dimakan pada waktu  tengahari atau waktu malam bersama dengan keluarga anda.

 

Bahan yang diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam kasih perasan jeruk nipis kemudian cuci bersih
  • 9 buah belimbing wuluh
  • 4 buah tomat hijau
  • 6 siung bawang merah
  • 4 siung bawang putih
  • Cabe rawit sesuai selera
  • Jahe, sereh dan lengkuas
  • Daun salam
  • Garam, gula pasir dan kaldu ayam bubuk secukupnya

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Didihkan air, kemudian masukkan ayam untuk direbus (untuk menghilangkan darah sahaja)
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dahulu
  3. Kemudian masukkan serai, halia dan lengkuas sehingga naik bau harum
  4. Masukkan belimbing hijau dan daun salam, kacau sehingga rata
  5. Kemudian masukkan ayam yang telah direbus tadi
  6. Masukkan air yang secukupnya
  7. Masukkan garam dan perencah secukup rasa
  8. Biarkan sehingga wap panas hilang
  9. Lapiskan plastik diantara dua lembar daun pisang
  10. Kemudian bungkuskan bahan-bahan yang telah disejukkan tdi.
  11. Siap sedia untuk dimakan

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Selamat mencuba resepi ini, semoga bermanfaat.

Kredit Oleh : Mama Adeeva

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 24 times!)