Salam semua. Korang semua dah masak ke untuk menu tengah hari? Apa kata kita masak masakan Indonesia tengahari ni. Sesekali try buat masakan Indonesia kat rumah kan. Bawak kelainan sikit especially yang suka mencuba masakan luar negara dan pedas.

Berikut adalah resepi bagaimana membuat sate jamur bersama soas tiram pedas manis.

Bahan yang diperlukan :

  • 250 gr jamur tiram
  • 4 siung bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • Cabe sesuai selera
  • Jeruk limau dan kecap manis secukupnya
  • Gula pasir, garam dan kaldu bubuk secukupnya

Bahan sambal :

  • Cabe sesuai selera
  • 2 siung bawang putih
  • Kecap manis secukupnya
  • 1 buah jeruk limau

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan kicap manis, cabe merah, 2 siung bawang merah dan perahkan jeruk limau yang dibelah dan dibuangksn biji nya.
  2. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Masukkan cabe merah, bawang merah dan bawang putih kedalam lesung, tumbuk hingga halus. Kemudian tumiskan sehingga matang. Masukkan garam, kaldu bubuk dan gula pasir.
  4. Kemudian masukkan jamur kedalam bahan-bahan yang ditumis sehingga jamur mengeluarkan air.
  5. Masukkan kicap manis secukup rasa. Tunggu sehingga jamurnya meresap air. Gaul sebati.
  6. Matikan api dan asingkan jamur dari air tumisan.
  7. Perahkan limau kedalam air sisa tumisan jamur. Cucukan jamur pada lidi sate.
  8. Bakarkan jamur yang siap dicucuck dengan lidi sate sehingga masak. Jangan lupa untuk oleskan lebihan air sisa jamur untuk menambahkan aroma.
  9. Siap untuk dihidangkan bersama sos kicap manis yang di campur cabe dengan bawang merah.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 16 times!)