Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Air Rebusan Yang Semua Wanita Harus Amalkan Untuk Badan Segar & Bertenaga, Hebatnya Manfaat Setiap Bahan Yang Digunakan!

Ini Air Rebusan Yang Semua Wanita Harus Amalkan Untuk Badan Segar & Bertenaga, Hebatnya Manfaat Setiap Bahan Yang Digunakan!

Kategori: ,
AIR-REBUSAN-YANG-PATUT-DIAMALKAN

Apabila terlampau sibuk dan sering melakukan pergerakan dan pekerjaan, semestinya badan kita akan mula berasa letih dan tidak bermaya. Tidur juga tak akan lena dan meskipun sudah mencuba pelbagai cara, badan kita masih lagi berasa tidak selesa.

Selain dari melakukan sedikit aktiviti regangan, anda juga boleh mengamalkan air rebusan dari tumbuhan semula jadi untuk menyegarkan badan anda yang sedang letih dan lemah. Sangat mudah, ia selamat untuk diamalkan. Sesiapa sahaja perlu mencubanya, terutamanya para wanita.

Air Rebusan Yang Semua Wanita Harus Amalkan Untuk Badan Yang Segar Dan Bertenaga

Bahan-Bahan

  • 3 batang serai
  • 4cm atau 2 ketul halia
  • 3 gelas air

Cara Penyediaan

  1. Ketuk serai dan potong halia
  2. Rebuskan serai dan halia bersama 3 gelas air sehingga menggelegak, air tinggal 1 gelas air.
  3. Tutup api dan biarkan suam sebelum sedia untuk diminum.

Nota: Amalkan air rebusan ini seeloknya sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu. AIR-REBUSAN-YANG-PATUT-DIAMALKAN

Manfaat Bahan-Bahan Yang Digunakan

Turut dikongsikan beberapa khasiat yang ada pada setiap bahan yang digunakan dalam air rebusan ini. Setiap bahan mempunyai kebaikan pada kesihatan anda.

1. Serai AIR-REBUSAN-YANG-PATUT-DIAMALKAN

  • Detoksifikasi. Serai mempunyai ciri-ciri diuretik yang menghilangkan toksin dari badan melalui pengeluaran air kencing. Ini sangat membantu dalam menjaga hati yang bersih dan bebas toksin.
  • Antioksidan. Serai juga mengandungi beberapa antioksidan yang boleh tubuh badan melawan radikal bebas dalam tubuh anda yang boleh menyebabkan penyakit.
  • Membuang angin dari badan. Kandungan yang terdapat dalam serai dapat mengurangi angin dan melegakan sakit perut kerana ia dapat memecah gumpalan angin di dalam usus perut.

2. Halia AIR-REBUSAN-YANG-PATUT-DIAMALKAN

  • Membantu sistem penghadaman. Pengambilan tumbuhan ini menggalakkan pundi hempedu untuk merembeskan cecair yang bewarna coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’.
  • Memastikan kitaran darah normal. Kandungan kromium, magnesium dan zink mampu meningkatkan kitaran darah dan mampu membantu mencegah anda daripada demam dan mengalami peluh berlebihan.
  • Pengubat mual. Kesan anti mual oleh halia disebabkan oleh kesan gingerol dalam halia ke atas reseptor 5-HT3 yang menghilangkan rasa mual atau loya.

Serai dan halia ini merupakan bahan yang sangat banyak khasiatnya. Jadi, tidak hairan mengapa ianya sesuai digunakan sebagai air rebusan. Nak sihat dan badan kembali bertenaga? Amalkan sahaja minuman ini.

Kredit: SuzyHoney, Bidadari, Hello Doktor

Baca Juga: Anda Kencing Kotor Dan Tak Lawas? Air Campuran Barli Ini Mampu Merawat Penyakit Tersebut

tags: