Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Beza Tiap Jenis Material Senduk Di Dapur, Tahu Yang Mana Sesuai Untuk Digunakan Supaya Tak Cepat Rosak

Ini Beza Tiap Jenis Material Senduk Di Dapur, Tahu Yang Mana Sesuai Untuk Digunakan Supaya Tak Cepat Rosak

Kategori: ,
Jenis Material Peralatan Dapur

Kalau pergi ke pusat membeli belah atau lihat sahaja secara online, terdapat macam-macam jenis senduk yang ada seperti plastik, silikon, logam, dan sebagainya.

Penting untuk kita ketahui beza jenis material senduk dapur agar tak tersalah pilih. Setiapnya ada kebaikan dan keburukkan, jadi di sini kami ingin berkongsi dengan anda.

Ini Beza Tiap Jenis Material Peralatan Dapur, Tahu Yang Mana Sesuai Untuk Digunakan Supaya Tak Cepat Rosak

1. Silikon Jenis Material Peralatan Dapur

Set senduk dan spatula silikon menjadi kegilaan ramai, terutamanya golongan ibu muda. Ini kerana ia mudah untuk dibersihkan dan sisa-sisa makanan tidak mudah melekat. Selain itu, ia juga mudah untuk dibersihkan dan mesra kuali.

Tapi yang kurangnya, jika terkena pisau, ia mudah tercalar dan meninggalkan kesan dan bau makanan mudah melekat pada peralatan dapur silikon walaupun sudah dicuci dengan sabun.

2. Getah Jenis Material Peralatan Dapur

Material getah juga sama seperti silikon dan tidak akan merosakkan kuali anda. Ia juga murah dan boleh didapati di mana-mana kedai. Di kedai RM2 juga ada banyak peralatan dapur getah seperti spatula, senduk, pengepit!

Pastikan anda tidak menggunakan peralatan dapur getah ketika memasak kerana ia mudah cair pada suhu yang tinggi. Tambahan pula, kesan makanan tidak mudah untuk ditanggalkan.

3. Logam Jenis Material Peralatan Dapur

Peralatan dapur jenis logam ini digunakan oleh orang dahulu kerana tahan lasak. Tidak bertoksin, ia juga mesra alam.

Peralatan dapur jenis logam bagaimanapun agak mahal dan mudah panas kerana ia boleh menyerap haba.

4. Kayu Dan Buluh Jenis Material Peralatan Dapur

Senduk kayu dan buluh juga mudah didapati pada harga yang murah dan ia juga tidak terlalu leceh untuk dibersihkan.

Walaupun begitu, ia perlu dijaga dengan sebaiknya kerana bakteria mudah membiak pada permukaannya.

5. Plastik Jenis Material Peralatan Dapur

Jenis plastik ini tidak mempunyai begitu banyak kelebihan. Berbanding dengan jenis material yang lain, ia agak ketinggalan dan mempunyai lebih banyak keburukkan.

Contohnya, sudu, senduk dan spatula plastik tidak disyorkan kerana mempunyai kimia yang merbahaya dan boleh diresap makanan anda. Selain itu, ia juga tidak tahan lama dan tidak bermanfaat untuk alam sekitar.

Setiap material ada bagusnya (kecuali plastik!), jadi sebagai pengguna kita perlu tahu yang mana satu yang sesuai dan terbaik untuk digunakan mengikut jenis periuk dan suka juga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kredit: kitchenauthority

Baca Juga: Rasai Perbezaannya! Kini Anda Boleh Nikmati Burger Daging McD Yang Diperbaharui Dengan Rasa Yang Lebih Enak, Berjus & Segar

tags: |