Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Bubur Lambuk Yang Mudah dan Sedap, Resepi Original Dari Terengganu!

Ini Cara Buat Bubur Lambuk Yang Mudah dan Sedap, Resepi Original Dari Terengganu!

Kategori: ,

Bubur lambut merupakan sejenis hidangan yang mampu memukau lidah kita terutamanya apabila dimakan pada bulan puasa di Malaysia. Kebiasaanya, ia dimasak secara gotong-royong di masjid-masjid untuk diagihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.

Bahan yang digunakan kadang-kala melibatkan keropok keping mentah, ubi keledek, udang kering dan budu sebagai penambah rasa untuk sedapkan lagi hidangan.

Jadi, bagi anda yang tidak mahu keluar ke bazar semata-mata untuk mencari bubur lambuk, anda boleh sahaja lakukan sendiri di rumah. Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Cara Buat Bubur Lambuk Yang Sedap dan Lazat!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 1/3 cawan santan
  • 1/2 kg isi ikan selayang yang direbus
  • 7 ulas bwg merah *
  • 2 ulas bwg putih *
  • 2 sudu besar Lada hitam *
  • 2 sudu besar kerisik* (optional)
  • 2 sudu besar budu
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Sayur:

  • Pucuk midin/pakis merah
  • Kangkung
  • Daun kaduk
  • Daun kemangi/boleh digantikan daun selasih
  • Pucuk ubi
  • Pucuk ubi keledek
  • Daun kunyit

Cara Penyediaan:

  1. Masak nasi hingga jadi bubur.
  2. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan ikan yang telah ditumbuk budu.
  3. Setelah mendidih, masukkan santan dan sayur, garam, gula dan perasa jika perlu.
  4. Sesudah rasa elok dan sedap semua kemudian tutupkan api.
  5. Siap untuk dihidang.

Senang je kan? Mudah sangat untuk dimasak, semua hanya dimasak dalam satu periuk dan anda boleh makan bila-bila masa sahaja. Kepada anda yang belum lagi cuba resepi bubur lambuk original Terengganu ini, anda perlu cuba sekarang sebelum berakhirnya bulan puasa. Nanti tak sempat nak feeling-feeling berbuka puasa dengan bubur lambuk.

Selamat mencuba!

Kredit: Nozie Nany Via MAHN

Baca Juga: Cara Mudah Buat Puding Buah Naga, Pencuci Mulut Yang Menyegarkan Tekak. Sesuai Untuk Berbuka Puasa!

tags: | |