Bubur lambut merupakan sejenis hidangan yang mampu memukau lidah kita terutamanya apabila dimakan pada bulan puasa di Malaysia. Kebiasaanya, ia dimasak secara gotong-royong di masjid-masjid untuk diagihkan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.
Bahan yang digunakan kadang-kala melibatkan keropok keping mentah, ubi keledek, udang kering dan budu sebagai penambah rasa untuk sedapkan lagi hidangan.
Jadi, bagi anda yang tidak mahu keluar ke bazar semata-mata untuk mencari bubur lambuk, anda boleh sahaja lakukan sendiri di rumah. Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.
Cara Buat Bubur Lambuk Yang Sedap dan Lazat!
Bahan-bahan:
- 1 cawan beras
- 1/3 cawan santan
- 1/2 kg isi ikan selayang yang direbus
- 7 ulas bwg merah *
- 2 ulas bwg putih *
- 2 sudu besar Lada hitam *
- 2 sudu besar kerisik* (optional)
- 2 sudu besar budu
- Garam
- Gula
- Perasa
Sayur:
- Pucuk midin/pakis merah
- Kangkung
- Daun kaduk
- Daun kemangi/boleh digantikan daun selasih
- Pucuk ubi
- Pucuk ubi keledek
- Daun kunyit
Cara Penyediaan:
- Masak nasi hingga jadi bubur.
- Masukkan bahan yang bertanda (*) dan ikan yang telah ditumbuk budu.
- Setelah mendidih, masukkan santan dan sayur, garam, gula dan perasa jika perlu.
- Sesudah rasa elok dan sedap semua kemudian tutupkan api.
- Siap untuk dihidang.
Senang je kan? Mudah sangat untuk dimasak, semua hanya dimasak dalam satu periuk dan anda boleh makan bila-bila masa sahaja. Kepada anda yang belum lagi cuba resepi bubur lambuk original Terengganu ini, anda perlu cuba sekarang sebelum berakhirnya bulan puasa. Nanti tak sempat nak feeling-feeling berbuka puasa dengan bubur lambuk.
Selamat mencuba!
Kredit: Nozie Nany Via MAHN
Baca Juga: Cara Mudah Buat Puding Buah Naga, Pencuci Mulut Yang Menyegarkan Tekak. Sesuai Untuk Berbuka Puasa!