Dalca Rusuk Kambing merupakan proses memasak daripada masyarakat etnik India di Malaysia yang terdiri daripada penyesuaian hidangan asli dari India. Hidangan ini biasanya akan harum dengan daun kari, rempah yang segar dalam pelbagai bentuk.
Hidangan ini sesuai dihasilkan jika anda seorang penggemar masakan yang berasaskan dari rempah kari khususnnya masakan Dalca Rusuk Kambing ini. Jadi, tunggu apa lagi? jom terajui perkongsian resepi di bawah ini.
Resepi Dalca Rusuk Kambing
Bahan-bahan:
- Kacang dal yang direbus bersama tulang rusuk
- Air asam
- Cuka
- Minyak
- Susu cair
- Lobak merah
- Terung bulat
- Kentang
- Kacang panjang
Bahan Tumisan Pertama:
- Bawang merah yang dihiris
- Cili kering
- Daun kari
- Biji sawi
- Kayu manis
- Pelaga
- Cengkih
Bahan Tumisan Kedua:
- Bawang merah & tomato (dikisar)
- Bawang putih & halia (dikisar)
Bahan Tumisan Ketiga:
- Serbuk kari daging
- Serbuk kunyit
- Serbuk cili kasar
- Campurkan dengan air
Cara Penyediaan:
-
Panaskan kuali kemudian masukkan minyak, letakkan sesenduk atau 2 sudu besar minyak sapi.
- Masukkan bahan tumisan pertama sehingga berbau wangi.
- Masukkan bahan tumisan kedua sehingga wangi.
- Sesudah garing masukkan bahan tumisan ketiga dan goreng sehingga pecah minyak kemudian tambahkan air.
- Masukkan kacang dal dan tulang rusuk kambing yang telah di rebus kemudian masukkan susu cair, air asam jawa. Kacau dan tambahkan air.
- Setelah mendidih masukkan sayur sayuran. Biarkan atas dapur sehingga mendidih dan kecikkan api sehingga keluar minyak lagi.
-
Masukkan garam dan serbuk perasa (Jika suka).
- Kacau sehingga sebati kemudian tutup api dan siap untuk dihidang.
Dah siap! Dijamin sedap dan lazat. Menurut Amelia Tamby hussin yang berkongsi tentang resepi ini menyatakan hidangan ini juga boleh disajikan bukan sahaja dengan daging kambing malah ia boleh ditukarkan kepada daging lembu atau kaki ayam dan telur rebus juga dibolehkan. Anda boleh menghasilkan mengikut cita rasa anda tersendiri.
Selamat mencuba!
Kredit: Amelia Tamby Hussin Via MAHN
Baca Juga: Nak Pulut Cantik Di Hari Raya? Ini Cara Buat Pulut Tetal Bunga Telang Kaya Pandan, Ramuan Istimewa dan Sedap!