Daun pisang boleh digunakan dalam masakan. Ia sangat popular untuk digunakan ketika membakar makanan laut. Aroma daunnya menjadikan makanan lebih enak untuk dimakan. Selalunya, kita akan menemui pelbagai kedai makan yang menggunakannya dalam masakan mereka.
Dari ke kedai, apa kata anda berjimat-cermat dengan mencuba resepi ikan pari bakar berempah bungkus daun pisang ini yang memang mudah sahaja untuk disediakan. Ini caranya yang telah dikongsikan oleh Erma Azizie. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Ini Cara Buat Ikan Pari Bakar Berempah Bungkus Daun Pisang, Lebih Jimat & Tak Perlu Makan Kat Kedai!
Bahan-bahan
- 3 ekor ikan pari sedang (potong dua)
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 10 batang cili kering (buang biji dan rebus)
- 3 batang cili besar
- 4 batang cili padi
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- Asam keping
- Daun limau purut (mayang halus)
- Daun kunyit (mayang halus, buang urat tengah)
- Daun pisang
- Aluminium foil – dapatkan di sini
Cara penyediaan
- Cuci ikan pari sehingga bersih.
- Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar dan cili padi.
- Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua yang dah dikisar tadi sampai garing.
- Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian, tambahkan daun limau purut dan daun kunyit. Sambal dah siap!
- Selepas itu, ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang.
- Ambil sambal letak sikit atas daun pisang. Letak ikan, lepas tu letak lagi sambal. Kemudian balut.
- Akhir sekali, bakar sampai ikan masak. Boleh guna oven, boleh juga guna pemanggang ajaib.
- Siap untuk dinikmati!
Serius mudah sangat resepi ini, kan? Lebih jimat dan korang boleh makan secara puasnya bersama sepinggan nasi putih. Sedapnya tak terkata dan anda tentu akan suka!
Selamat mencuba resepi ini.
Kredit: Erma Azizie
Baca Juga: Resepi Air Asam Mabeless ‘Step By Step’, Sangat Mudah & Sedap Menyengat!