Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan selebriti tanah air yang terkenal hingga ke luar negara. Mempunyai pengikut yang begitu ramai di media sosial, setiap apa yang dilakukan oleh beliau mendapat perhatian. Malah, bagi peminat tegar beliau, makanan kesukaannya turut diingati.
Semenjak akhir-akhir ini, beliau asyik memuat naik hidangan Ketam Masak Telur Masin menerusi laman Instagramnya. Nampak sedap, orang ramai teringin untuk mencubanya. Oleh itu, di sini kami kongsikan resepi ketam masak telur yang telah diolah oleh Dee Baa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Ini Cara Buat Ketam Masak Telur Masin, Sedap Sangat Sampai Hidangan Ini Jadi Kesukaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Bahan-bahan
- 2 ekor ketam
- 4 sudu besar mentega
- 3 biji bawang putih (dicincang)
- 6 batang cili padi (dipotong, terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
- Daun kari lebih kurang setangkai
- 3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja, plus 1 biji diambil putihnya, hancurkan)
- 1/2 tin susu cair
- Sedikit garam
- Sedikit gula
Bahan Goreng Ketam
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- 2 sudu besar tepung jagung
- Sedikit garam
Cara Penyediaan
- Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk sikit bahagian sepit yang keras tu supaya retak. Ini supaya memudahkan anda makan.
- Kemudian, kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam itu terlebih masak dan isisnya kekal pejal.
- Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian, goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
- Cairkan mentega dalam kuali yang panas. Kemudian, masukkan bawang putih, cili padi, daun kari dan telur masin. Kacau sehingga berbuih.
- Setelah berbuih, masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat, bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
- Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang.
Bagi penggemar ketam, korang perlu cuba hidangan ini. Nampak sungguh menyelerakan, ketam masak telur masin ini sesuai diratah dengan begitu sahaja. Serius puas hati!
Selamat mencuba resepi ini!
Kredit: Dee Baa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Ini Cara Buat Sos Hijau Thai Paling Mudah, Sedap & Berkrim. Boleh Cicah Bersama Aneka Makanan