Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Sangat Mudah & Cepat

Ini Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Sangat Mudah & Cepat

Kategori: ,
Lemang Guna Air Fryer

Rata-rata rakyat Malaysia kini sudah memiliki peralatan dapur yang popular ini. Pelbagai kelebihan menarik air fryer ini, anda boleh memasak pelbagai makanan tanpa menggunakan minyak dan ia sekali gus menjadi makanan itu lebih sihat untuk dimakan.

Kebiasaannya orang menggunakan air fryer untuk memasak makanan ringan seperti nugget, fries dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan alatan ini untuk membuat kek dan kuih.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsikan caranya memasak lemak menggunakan air fryer. Cik Gu Eyna berkongsi cara membuat lemang menggunakan air fryer di Facebook melalui Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Ini Cara Buat Lemang Guna Air Fryer, Sangat Mudah & Cepat

Bahan-bahan:

  • 6 tin kosong – buang bahagian atas
  • 18 sudu makan pulut – 3 sudu makan x 6 tin pulut
  • Santan – beli rm15

Cara-cara:

  1. Potong tin ikut ketinggian air fryer masing-masing. Masukkan daun pisang.
  2. Tiap tin masukkan anggaran 3 sudu makan pulut dan santan atas skit dari permukaan pulut. (pastikan pulut direndam 1/2 jam dengan air, then toskan dan rendam pula dengan santan. Perasakan dengan garam sikit.
  3. Masukkan dalam air fryer. Kalau tiada air fryer boleh kukus atau bakar dalam oven. step 1 suhu 160 selama 30 mnt. step ke 2 suhu 180 selama 15 mnt. ikut suka…nak garing lagi blh tambah masa.
  4. Hasilnya. ada org suka berkerak….so blh tambah masa.
  5. Kejadiannya….

Selamat mencuba!

Kredit: Cik Gu Eyna

 

Baca juga: Cara Senang Buat Lemang Hanya Guna Tin Minuman Dan Masak Dalam Pengukus Atau Rice Cooker

tags: