Pulut adalah sejenis beras yang ditanam banyak di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Vietnam dan Indonesia. Ianya ditanam dan dituai seperti mana untuk membuat beras untuk masak nasi dan ia dipanggil beras pulut dan mempunyai kandungan kanji yang lebih banyak dan mempunya tekstur yang melekit.
Pulut tetal atau pulut tekan Bunga Telang Kaya pandan ia merupakan kuih warisan peranakan Baba Nyonya yang mana secara tradisinya dimakan bersama kaya pandan.
Pulut Tetal Bunga Telang Kaya Pandan ini cara penghasilannya memerlukan bunga telang untuk menaikkan seri, warna dan kelazatan di pulut tersebut. Jadi, jom kita ikuti perkongsian resepi dibawah ini.
Resepi Pulut Tetal Bunga Telang Kaya Pandan Yang Cantik Dan Sedap!
Bahan-bahan:
- 500 gram beras pulut
- 30+ kuntum bunga telang
- 1 1/4 cawan santan dan 3/4 sudu teh garam (dikacau rata)
- 3 helai daun pandan disimpul
- 1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar & tapis) *
- 1 cawan krimer sejat*
- ¾ cawan gula*
- 1 kotak santan 200g*
- 3sb tepung jagung*
- 1 biji telur*
- Sedikit garam*
- Titiskan sedikit pewarna hijau (jika mahu)*
Nota: Bahan bertanda (*) ialah bahan untuk kaya pandan.
Cara Penyediaan:
Cara Penyediaan Pulut Tetal:
-
Bunga telang perlu dicuci bersih dan direndam dalam suku cawan air panas untuk mendapatkan warna biru. (Ambil air rendaman sahaja).
-
Beras pulut hendak lah dicuci bersih dan bahagi kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian direndam dengan air biasa, 1 bahagian lagi perlu direndam dengan air bercampur jus bunga telang, kacau sehingga rata dan biarkan pulut tadi direndam dalam 8 jam.
-
Panaskan kukusan dan alas dasar kukus dengan daun pisang, lubangkan sedikit daun pisang tadi.
- Beras pulut ditos. (Boleh gaul sekali atau asingkan).
-
Tuang dalam kukusan kemudian letakkan daun pandan dan kukus 10 minit sehingga 15 minit.
-
Keluarkan pulut tadi dan isi ke dalam bekas, tuang 1/2 bahagian santan, kacau sehingga rata dan tuang balik dalam kukusan dan kukus lagi 10 minit.
- Ulang kaedah sama dan tuangkan baki santan kemudian kacau sehingga rata dan kukus kembali 10 minit atau sehingga pulut menjadi lembut.
-
sediakan loyang berukuran 8 x 8 x 3 inci. Sapu sedikit minyak makan dan alas dasar tin dengan daun pisang.
-
Alih pulut tadi dalam loyang, buang daun pandan, susun pulut biru dan putih berselang seli dan ratakan, tekan sehingga padat.
-
Lipat lebihan daun pisang dan letakkan loyang yang kecil sedikit atasnya dan tindih dengan lesung batu. Setelah 4 jam, pulut bolehlah dipotong untuk dihidang bersama kaya pandan.
Cara Penyediaan Kaya Pandan:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecil.
- Isikan air dan lapik kain dalam periuk lain yg lebih besar.
- Letak periuk tadi di atas api kecil dan kacau sentiasa sampai berkilat.
- Bila dah nampak berkilat, boleh tutup api.
- Siap untuk dihidang.
Cantik kan? jika tema raya anda tahun ini berwarna biru, mungkin Pulut Tetal Bunga Telang Kaya Pandan ini sesuai untuk dijadikan juadah utama pada hari raya. Gandingan rasa pulut yang berlemak dan kaya dengan kemanisan dan aroma pandan mampu memikat tetamu yang hadir ke rumah.
Selamat mencuba!
kredit: Siti Khairun Nur Akmal Via MAHN
Baca Juga: Resepi Coklat Nestum Bar Yang Sedap & Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja Tapi Rasa Macam Kit Kat!