Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Sos Hijau Thai Paling Mudah, Sedap & Berkrim. Boleh Cicah Bersama Aneka Makanan

Ini Cara Buat Sos Hijau Thai Paling Mudah, Sedap & Berkrim. Boleh Cicah Bersama Aneka Makanan

Kategori: ,
SOS HIJAU THAI PALING MUDAH

Masakan Thai menjadi kegemaran ramai. Selain pelbagai hidangan menarik yang boleh dicuba, aneka sos Thai juga membuat orang ramai tergilakannya.

Dari dibeli, adalah lebih elok jika anda cuba menyediakannya sendiri di rumah dengan mengikuti resepi Sos Hijau Thai paling mudah ini. Tapi ianya lain dari yang lain kerana ia mempunyai tekstur yang lebih berkrim kerana menggunakan satu ramuan rahsia.

Nak tahu apakah itu? Jom baca secara lebih lanjut resepinya yang telah diolah oleh Rozlyn Farah Diana. Sangat popular, resepi ini turut berjaya meraih lebih dari 1 ribu Share di laman Facebook!

Ini Cara Buat Sos Hijau Thai Paling Mudah, Sedap & Berkrim. Boleh Cicah Bersama Aneka Makanan

Bahan-bahan

  • Daun ketumbar sekali dengan akar
  • Mayonis (guna banyak untuk dapatkan rasa berkrim) – jenama ini mempunyai rasa yang paling sedap
  • Cili hijau (lebihkan jika suka rasa pedas)
  • Jus limau nipis
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih
  • Sedikit air
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam SOS HIJAU THAI PALING MUDAH

Cara penyediaan

  1. Bersihkan semua bahan-bahan, terutamanya akar ketumbar.
  2. Letakkan kesemuanya di dalam pengisar dan kisarkan sehingga lumat. SOS HIJAU THAI PALING MUDAH
  3. Perasakan dengan gula dan garam sehingga sesuai dengan citarasa masing-masing.
  4. Siap dan sedia untuk dihidang. SOS HIJAU THAI PALING MUDAH SOS HIJAU THAI PALING MUDAH

Ternyata mudah sahaja sos ini, kan? Selain dari daging bakar dan salad, anda juga boleh menghidangkan sos ini bersama vietnam rolls. Tentunya sos ini akan menambahkan lagi kesedapan mana jua hidangan.

Selamat mencuba!

Kredit: Rozlyn Farah Diana

Baca Juga: Ini Cara Buat Larp @ Kerabu Daging Thai Yang Sedap & Ori. Mudah Sahaja Rupanya!

tags: | |