Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Menyediakan Cucur Tofu, Boleh La Buat Untuk Minum Petang Nanti!

Ini Cara Menyediakan Cucur Tofu, Boleh La Buat Untuk Minum Petang Nanti!

Kategori: ,
cucur tofu

Datang sahaja waktu untuk minum petang bersama suami dan anak-anak, si ibu tentu akan rungsing memikirkan menu yang sesuai untuk dihidangkan.

Asyik membeli sahaja, apa kata kita cuba buat sendiri kudap-kudapan buat mereka? Mudah sahaja, cuba pula resepi cucur tofu oleh MrsMoon MJ ini. Kalau tak ada tepung pun tak apa, tetap menjadi. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Ini Cara Menyediakan Cucur Tofu, Boleh La Buat Untuk Minum Petang Nanti!

Bahan-bahan

  • Bawang holland (dicincang)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Cili padi
  • Isi ayam cincang
  • Mixed veggies
  • Tofu lembut (stim terlebih dahulu)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • 2 biji telur ayam
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk perasa – guna jenama ini
  • Minyak masak (untuk menggoreng) cucur tofu

Cara-caranya

  1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian, tambahkan cili padi, ayam cincang, mixed veggie dan goreng sehingga air kering. Ketepikan.
  3. Campurkan bahan yang ditumis tadi dengan tofu yang telah distim. Letakkan juga daun sup, daun bawang dan telur ayam. Gaul kesemuanya hingga rata. cucur tofu
  4. Seterusnya, tambahkan serbuk lada hitam dan perasa, gaul lagi dan bentukkan. cucur tofu
  5. Dalam kuali, panaskan minyak masak yang mencukupi. Goreng sehingga keperangan dan sedia untuk dinikmati. cucur tofu

Dah siap akhirnya cucur tofu ini, nampak begitu sedap, kan? Nanti anda juga boleh cuba untuk minum petang, keluarga anda tentu akan suka!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: MrsMoon MJ

Baca Juga: Daging Dendeng Padang Pekat Dan Rangup, Boleh Jadi Sambal Mi Sup Jadi Lagi Sedap!

tags: | | | |