Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Menyediakan Tosai Selembut Kapas, Enak Untuk Dimakan Bersama Kari

Ini Cara Menyediakan Tosai Selembut Kapas, Enak Untuk Dimakan Bersama Kari

Kategori: ,
TOSAI SELEMBUT KAPAS

Tosai atau turut dikenali sebagai Dosa merupakan hidangan dari Selatan India yang sangat digemari ramai. Sering didapati di mana-mana kedai mamak, ianya selalu dinikmati dengan pelbagai aneka kari atau dalca di Malaysia.

Bagi anda yang ingin mencuba hidangan terkenal ini, boleh lah ikuti resepi yang ringkas dan sedap oleh Fatimah Saari. Dikongsikan di Facebook, ianya sesuai dijadikan sebagai menu sarapan pagi atau minum petang buat seisi keluarga.

Resepi Tosai Selembut Kapas

Bahan-Bahan

  • 1 genggam kacang ulunthu (dapatkan di sini)
  • 1/2 cawan nasi sejuk
  • Sedikit air
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

  1. Rendamkan kacang ulunthu terlebih dahulu selama 4 hingga 5 jam.
  2. Kemudian, toskan dan kisarkan bersama nasi sejuk, tambahkan sedikit air.
  3. Campurkan bahan yang telah dikisar dengan yis kering, tepung beras dan garam sehingga cair. Kemudian, perapkan campuran itu selama 5 hingga 6 jam.
  4. Seterusnya, boleh masak atas pan.
  5. Siap dan enak untuk dinikmati ketika masih panas.

Nota: Perapan akan naik dua kali ganda, jadi seeloknya perap lah dalam bekas besar sedikit.

TOSAI SELEMBUT KAPAS TOSAI SELEMBUT KAPASTOSAI SELEMBUT KAPAS

Seeloknya penyediaan dilakukan terlebih dahulu bagi menjimatkan masa di dapur ketika menyediakan resepi ini. Bila dah nak makan, terus boleh masak. Mudah sahaja, kan?

Bagi yang merindui hidangan terkenal di restoran mamak ini, jom lah cuba resepi tosai selembut kapas. Sekeping tak akan cukup, dijamin tambah berkali-kali.

Selamat mencuba resepi ini. Kongsikan pada rakan-rakan ya.

Kredit: Fatimah Saari via MAHN

Baca Juga: Salah Satu Makanan Yang ‘Tersedap’ Di India, Ini Dia Resepi Chittenad Masala Yang Mendapat Lebih 14K Perkongsian

 

 

tags: |