Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Sediakan Tortilla Chicken Wrap, Menu Yang Mudah & Ringkas, Puas Hati Bila Dimakan

Ini Cara Sediakan Tortilla Chicken Wrap, Menu Yang Mudah & Ringkas, Puas Hati Bila Dimakan

Kategori: ,
TORTILLA WRAP

Nasi sudah menjadi makanan wajib bagi seluruh rakyat Malaysia. Jadi, tak kira waktu, ianya sering menjadi pilihan. Namun, kalau dinikmati setiap hari, boleh jadi jemu juga. Bagi anda yang nak cuba menu yang lain dan pantas untuk disediakan, jom cuba makanan yang mudah untuk disediakan.

Antaranya adalah tortilla chicken wrap yang mudah untuk disediakan. Menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan boleh diubah mengikut suka, anda wajib mencubanya. Nak tahu? Jom baca perkongsian ini dengan lebih lanjut.

Tortilla Chicken Wrap

Bahan-Bahan

  • Kepingan roti tortilla (guna jenama ini)
  • Nugget tempura
  • Sos cili atau tomato
  • Mayonis
  • Sos cheezynachos
  • Sos blackpepper
  • Sos thousand island
  • Daun salad
  • Tomato
  • Timun
  • Lobak merah
  • Bawang holland

tortilla chicken wrap

Cara Penyediaan

  1. Panaskan roti tortilla atas nonstick pan atau masukkan dalam oven pun boleh. Bakar selama dua hingga tiga minit, jangan terlalu garing kerana susah untuk dibalutkan nanti.
  2. Goreng nugget sampai garing. Selepas itu, potong nugget kecil-kecilan seperti dalam gambar.
  3. Potong atau sagat sahaja lobak merah dan timun pangjang-pangjang, selepas itu, bawang holland dipotong nipis-nipis.
  4. Sediakan roti tortilla, letakkan daun salad, timun, lobak merah, tomato, nugget.
  5. Selepas itu, tuangkan sos-sos yang digunakan mengikut citarasa dan ikut suka masing-masing. Balut dan siap.

tortilla chicken wraptortilla chicken wrap  tortilla chicken wraptortilla chicken wrap

Nota: Jika tahu mahu kulit wrap terbuka, anda boleh cucuk dengan lidi kecil. Baru terletak kemas wrap itu.

Bagi anda yang ingin cuba resepi untuk alas perut yang mudah, boleh lah cuba resepi tortilla chicken wrap. Sedap dan menyelerakan, sos-sos punboleh adjust mengikut citarasa sendiri. Yang penting dijamin berpuas hati.

Selamat mencuba.

Kredit: Siti Husni

Baca Juga: Resepi Rahsia Uli Donut Dengan Tangan Tapi Hasilnya Gebu Sangat, Guna 4 Bahan Je

 

tags: