Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Untuk Menyediakan Pengat Keladi, Hidangan Yang Simple Tapi Sedap

Ini Cara Untuk Menyediakan Pengat Keladi, Hidangan Yang Simple Tapi Sedap

Kategori: ,
PENGAT PISANG

Pengat keladi merupakan pencuci mulut tradisional, sangat digemari oleh orang dahulu. Orang muda zaman kini tidak begitu mengenalinya dan tak tahu cara untuk menyediakannya. Sebenarnya mudah sahaja.

Bagi anda yang ingin cuba untuk menyediakannya, boleh lah ikuti resepi pengat keladi yang telah dikongsikan oleh Mohd Rafizi. Pencuci mulut ini mungkin nampak ringkas sahaja tapi sebenarnya memang sedap dan memuaskan.

Resepi Pengat Keladi

Bahan-Bahan

  • Keladi potong dadu
  • Santan (pakai santan kotak pun boleh)
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Sedikit garam
  • Daun pandan
  • Biji sagu (direndam terlebih dahulu)

Cara Penyediaan

  1. Rebus keladi bersama daun pandan dengan menggunakan api sederhana.
  2. Bila keladi sudah empuk, boleh masukkan gula dan santan.
  3. Kacau sehingga menggelegak.
  4. Masukkan biji sagu (rendam selama 20 minit. Kemudian, ditos dan buang airnya.)
  5. Kacau sehingga biji sagu bertukar menjadi warna jernih.
  6. Masukkan sedikit garam.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidang. PENGAT PISANG PENGAT PISANG

Nampak sangat mudah, kan? Bagi anda yang teringin untuk mencuba pencuci mulut tradisional, perlulah cuba resepi pengat keladi ini. Bila dicuba dijamin akan terpikat. Semuanya cukup rasa, kemanisannya boleh buat sesiapa jatuh hati. Kadang-kadang kuih tradisional itu lebih sedap jika nak dibandingkan dengan pencuci mulut lain.

Selamat mencuba resepi mudah ini.

Kredit: Mohd Rafizi via MAHN

Baca Juga: Resepi Kuih Lapis Thailand Yang Comel Dan Sedap, Senang Je Rupanya Nak Buat Kuih Ini

tags: