Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Lapis Thailand Yang Comel Dan Sedap, Senang Je Rupanya Nak Buat Kuih Ini

Resepi Kuih Lapis Thailand Yang Comel Dan Sedap, Senang Je Rupanya Nak Buat Kuih Ini

Kategori: ,
resepi kuih lapis thailand

Pernah tak anda jumpa kuih yang cantik dan comel ni? Jarangkan jumpa kuih lapis yang macam ni. Sebenarnya ini adalah kuih lapis yang berasal daripada Thailand. Di Thailand ia dikenali dengan nama Khanom Chan Rainbow. Sangat sedap. Mudah je nak buat.

Nak cuba buat kuih lapis Thailand yang tampak comel ni? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Pasti puas hati punya.

Cara Buat Kuih Lapis Thailand Yang Sedap Dan Comel!

BAHAN-BAHAN:

  • 150 gm tepung ubi
  • 40 gm tepung beras
  • 400 gm santan pekat
  • 200 gm air
  • 180 gm gula
  • Secubit garam
  • 2@3 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan santan pekat, air, gula dan daun pandan.
  2. Jangan sampai mendidih cukup sekadar hancurkan gula.
  3. Sejukkan.
  4. Apabila dah suam-suam kuku sikit, masukkan tepung ubi ,tepung beras dan garam. Kacau sebati.
  5. Kalau masih berketul anda perlu tapis.
  6. Bahagikan kepada beberapa bekas untuk letak pewarna.
  7. Kalau guna loyang lapik loyang dengan plastik. Kalau guna Pyrex hanya sapu minyak.
  8. Kukus selapis-selapis untuk setiap warna menggunakan api sederhana.
  9. Lapisan terakhir kukus selama 15 minit.
  10. Tunggu sejuk baru potong. Untuk dapatkan potongan yang licin letak plastik kat pisau.
  11. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Kuih Lapis Thailand ini? Jadi bagi peminat kuih lapis, bolehlah cuba. Jangan lupa kongsikan juga resepi ini kepada kenalan korang ya.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Zaimah Zakaria

Baca juga: Resepi Rahsia Kuih Lapis Marvelous, Sesuai Dijadikan Hidangan Berbuka Puasa

tags: | |