Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Caranya Untuk Masak Nasi Goreng Udang Petai Yang Terpaling Sedap

Ini Caranya Untuk Masak Nasi Goreng Udang Petai Yang Terpaling Sedap

Kategori: ,
nasi goreng udang petai

Nasi goreng merupakan hidangan yang mudah untuk disediakan. Dengan apa sahaja bahan yang ada di dapur, campak apa pun tetap sedap. Malah terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang anda boleh sediakan untuk setiap selera.

Jika anda mencari resepi nasi goreng yang mudah, cubalah ikuti resepi nasi goreng udang petai ini yang telah dikongsikan oleh Puan Nurul Hairi. Penggemar petai perlu cuba.

Resepi Nasi Goreng Udang Petai

Bahan-Bahan

  • Petai 5 papan (diambil isinya dan dihiris)
  • 4 cawan nasi putih
  • 2 biji telur
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit sos tiram
  • Garam
  • Segenggam ikan bilis
  • 15 baang cili padi besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 1 inci belacan (dapatkan yang ini)
  • 10 ekor udang

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk ikan bilis, cili padi besar, bawang putih dan bawang merah sehingga separa lumat menggunakan lesung batu.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang telah ditumbuk dalam kuali yang dan kacau sehingga separuh garing.
  3. Pecahkan telur dan kacau sebati. Masukkan udang. Kemudian, masukkan nasi dan kacau sehingga rata.
  4. Masukkan petai, lada sulah dan segala perasa yang anda inginkan. Gaul sehingga sekata.
  5. Setelah itu, boleh dihidangkan dan selamat menjamu selera. NASI GORENG UDANG PETAI NASI GORENG UDANG PETAI

Mudah sahaja resepi nasi goreng udang petai ini, kan? Sesuai sangat untuk dimakan tak mengira waktu. Kalau anda mempunyai petai-petai yang dibeli dan sudah bosan dengan sambal petai, bolehlah gunakannya dalam resepi ini. Dijamin akan memuaskan selera.

Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan pada kawan-kawan anda!

Kredit: Puan Nurul Hairi

Baca Juga: Cara Buat Laba Garlic Macam Dalam Mukbang Viral China, Ranggup & Banyak Khasiatnya

tags: |