Perjalanan untuk kurus dan mendapatkan berat badan ideal semestinya bukan mudah untuk semua orang. Untuk berdiet dan menurunkan berat badan, kita memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi. Namun percayalah, hasilnya sangat berbaloi. Bukan saja kerana kita akan tampil lebih yakin, tapi juga lebih sihat.
Selain dari senaman secara konsisten, anda juga memerlukan diet yang seimbang. Bila sebut tentang diet, mesti ramai berasa gerun, kan? Sebenarnya tak susah pun jika anda mempunyai jadual makanan diet sendiri. Ikut saja dan mesti anda dapat capai berat badan ideal.
Kalau anda masih keliru dan pening untuk buat jadual makanan diet sendiri, boleh lah cuba amalkan jadual yang dikongsikan oleh Azlinda Aziz. Dalam masa 6 bulan amalkan jadual ini, dia dah berjaya kurangkan 14kg! Jom baca untuk ketahui jadual dietnya.
(Dulu 70kg)
(Sekarang dah 56kg)
Nampak mudah dan ringkas saja jadualnya. Selain dari ikuti jadual ini secara konsisten, dia juga mengingatkan kita untuk elakkan mengambil beberapa jenis makanan yang tinggi dengan karbohidrat iaitu; mee, spaghetti, macaroni, pasta dan segala jenis roti dan biskut. Turut dipesan untuk minum air kosong sebanyak 3 litre sehari dan ambil teh hijau semasa sarapan dan makan malam kerana kandungan antioksida yang tinggi.
Bagi anda yang ingin turunkan berat, nanti boleh amalkan jadual makanan diet mudah ini. Jangan putus semangat dan teruskan usaha anda untuk sihat dan kurus.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Kredit: Azlinda Aziz
Baca Juga: Setahun Elak Makan Apa Jua Sos Dan Nasi Waktu Malam, Pemuda Ini Berjaya Dapatkan Berat Badan Ideal!