Daun kucai adalah sayur yang sering digunakan dalam masakan sebagai hiasan atau penyedap makanan seperti daun sup dan daun bawang. Walaupun baunya agak hanyir sikit tapi daun ini memiliki banyak khasiat yang dapat membantu mengatasi masalah kesihatan.
Kucai juga tidak mahal dan boleh ditanam di rumah juga. Pokoknya tak perlu penjagaan yang teliti dan mudah untuk dijaga. Jadi, anda boleh la amalkan daun kucai untuk lebih sihat. Nak tahu kebaikan daun ini? Jom baca perkongsian oleh No Or.
Vitamin B dan C, karotin dan komponen berlerang dalam kucai ini dapat ubati sakit segugut, keputihan, sembelit dan darah tinggi. Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman dalam usus dan jadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga lancarkan pengaliran darah, sekali gus hindarkan pembekuan darah.
Tumbuk daun kucai sehingga lumat, kemudian dikacau dengan air panas untuk diminum. Lebih mujarab jika diminum setiap pagi.
Kucai mengandungi allicin, sama seperti bawang putih dan daun bawang. Allicin dapat kurangkan tekanan darah dan turunkan kolesterol dalam tubuh badan. Ia juga dapat bersihkan usus dari kekotoran.
Flavonoid dan sulfur yang ada dalam daun kucai dapat bantu cegah beberapa jenis kanser seperti kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, dan kanser perut. Kucai juga dapat melawan radikal bebas yang dapat mencegah perkembangan kanser.
Kucai memiliki sifat anti bakteria dan anti fungus yang sangat baik untuk mengatasi masalah infeksi kulit. Gunakan kucai yang telah ditumbuk sehingga lumat sewaktu memakai losyen atau skrub muka. Kucai juga dapat membunuh bakteria dan fungus ketika kulit mengalami masalah.
Rupanya baru tahu yang daun kucai ini bukan saja sedap dimakan tapi banyak juga khasiatnya pada kesihatan. Nanti boleh lah tanam banyak-banyak dekat rumah dan amalkan selalu. Tak salah pun untuk cuba.
Semoga bermanfaat.
Kredit: No Or
Baca Juga: Petua Melegakan Sakit Gigi Akibat Gigi Berlubang, Hanya Guna 2 Bahan Yang Ada Di Dapur Sahaja!