Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Patut La Ramai Yang Recommend, Ini Kebaikan Bila Minum Air Lemon Setiap Hari

Patut La Ramai Yang Recommend, Ini Kebaikan Bila Minum Air Lemon Setiap Hari

Kategori: ,
air lemon

Bila nak kurus dan sihat, senaman secara konsisten dan pemakanan yang seimbang memainkan peranan yang amat penting. Selain itu, anda selalu tak dengar rata-rata mereka yang berjaya kurus, selalu menasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya segelas air lemon sehari? Kenapa itu?

Umum sudah tahu khasiat pada buah lemon. Selain dari tinggi dengan vitamin C, buah ini juga mengandungi asid karboksilik yang mampu untuk mencegah penyakit batu karang dan limonoid yang mempunyai sifat antioksida yang mampu melawan radikal bebas dalam badan.

Jadi memang perlu anda amalkan minum air lemon ini hari-hari. Seorang warganet turut kongsikan kebaikan air lemon yang anda perlu tahu. Jom baca untuk ketahui perkongsian penuh olehnya.

air lemon

Kebaikan Mengamalkan Minum Air Lemon

1. Melegakan Dan Mengelak Masalah Penghadaman

Setiap pagi bangun dari tidur, sangat disarankan untuk minum segelas air lemon. Kenapa? Sebab masa kita tidur, makanan yang kita makan itu akan proses. Kalau tak buang, memamng buat badan kita berat dan penuh saja. Sebab itu digalakkan amalkan minum air lemon, biar kita proses dan buang habis apa yang kita makan semalam. Baru badan terasa ringan.

2. Sebagai Detoks

Lemon sebagai pembersihan yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Amalan meminum air lemon suam dapat membantu merangsangkan saluran penghadaman. Anda akan rasa lebih bertenaga.

3. Menurunkan Berat Badan

Lemon membantu untuk mengeluarkan toksin dalam badan. Ianya buah yang sangat rendah kalori selain rendah lemak dan rendah kolestrol. Lemon juga membuatkan anda rasa kenyang dengan lebih lama kerana kadar penyerapan gula di dalam badan sangat kurang.

4. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Selain nak kurus, anda pun mesti nak cantik, kan? Lemon pun boleh membantu anda meningkatkan kesihatan kulit kerana ianya mempunyai kandungan vitamin C yang boleh membantu mengatasi masalah kulit. Lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksida yang dapat merawat kulit.

5. Membantu Hati Menghasilkan Lebih Hempedu

Bila air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu, ia membuat hempedu tersebut menghadam lemak degil. Hal ini dapat membantu anda turunkan berat badan dengan lebih sihat dan berkesan.

air lemon

Amalan minum air lemon setiap pagi sangat digalakkan untuk kesihatan selain daripada turunkan berat badan. Amat penting air lemon tersebut tidak ditambah dengan gula. Namun jika anda nak kurangkan rasa masam, boleh tambah madu asli.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan artikel ini.

Kredit: Lukman Lukman

Baca Juga: Resepi Epal Pai Ala McD, Cuma Guna Roti Gardenia Saja! Sekali Cuba Mesti Nak Lagi!

tags: |