Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Ini Khasiat Labu Yang Masih Ramai Tak Tahu, Jom Amalkan Untuk Sentiasa Sihat & Cantik.

Ini Khasiat Labu Yang Masih Ramai Tak Tahu, Jom Amalkan Untuk Sentiasa Sihat & Cantik.

Kategori: ,
khasiat labu

Buah labu sering digunakan dalam pelbagai masakan dan hidangan di seluruh dunia. Selain dari pelbagai jenis pencuci mulut, ia turut digunakan dalam pelbagai lauk-pauk dalam masyarakat kita. Ia turut menjadi simbol dan ukiran semasa pesta “Halloween” yang disambut oleh penganut Kristian.

khasiat labu

Selain enak untuk dimakan, terdapat banyak khasiat labu yang boleh membantu anda untuk menjaga kesihatan serta kecantikan diri. Nak tahu? Jom baca perkongsian penuh oleh Liza Hamdi.

Khasiat Labu

1. Tinggi Antioksidan

khasiat labu

Labu mengandungi antioksidan seperti alfa-karotena, beta-karotena dan beta-cryptoxanthin yang berfungsi untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel dalam badan.

2. Mengurangkan Risiko Kanser

khasiat labu

Kandungan karotenoid yang terdapat dalam labu bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan ini akan meneutralkan radikal bebas dan dapat mencegahkan beberapa jenis kanser seperti kanser perut, pankreas dan payu dara.

3. Meningkatkan Sistem Imun

khasiat labu

Labu kaya dengan nutrisi yang boleh meningkatkan sistem imun badan. Ia mengandungi beta-karotena yang tinggi, di mana badan akan menukarkannya kepada vitamin A.

Labu mengandungi vitamin C yang akan membantu meningkatkan penghasilan sel darah putih dan membantu sel imun untuk berfungsi secara efektif serta berguna untuk menyembuhkan luka.

Selain vitamin A dan C, labu juga merupakan sumber vitamin E, zat besi dan folat. Kesemua vitamin dan mineral ini terbukti dapat membantu meningkatkan sistem imun.

4. Membantu Mengekalkan Kesihatan Jantung

khasiat labu

Labu mengandungi potassium, vitamin C dan serat yang tinggi. Nutrein ini memberi manfaat kesihatan kepada jantung. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mengambil potassium lebih dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok; antara dua risiko penyakit jantung.

Antioksidan dalam labu juga dapat membantu melindungi kolesterol LDL (jahat) daripada teroksida. Jika kolesterol LDL ini teroksida, ia akan bergumpal di sepangjang salur darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

5. Baik Untuk Kulit

khasiat labu

Kandungan karotenoid seperti beta karotena berfungsi sebagai sunblock semula jadi dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

Labu juga mengandungi vitamin C, penting untuk kulit yang sihat. Vitamin C menghasilkan kolagen, sejenis protein yang mengekalkan kesihatan kulit.

Selain itu, kandungan lutein, zeaxanthin, vitamin E dan beberapa antioksidan lain dalam labu terbukti dapat meningkatkan pertahanan kulit terhadap sinaran UV.

6. Baik Untuk Kesihatan Mata

khasiat labu

Semakin berumur, penglihatan kita akan semakin terhad. Terdapat beberapa nutrein dalam makanan yang dapat mengurangkan risiko rabu.

Labu diperkaya dengan nutrein yang dapat membantu mengekalkan kesihatan mata. Ia mengandungi beta-karotena, di mana ia akan bertukar kepada vitamin A dalam badan.

Mengikut kajian, individu yang tinggi pengambilan beta karotena dapat mengurangkan risiko katarak mata secara signifikan.

Labu juga mengandungi vitamin C dan E, di mana ia berfungsi sebagai antioksidan yang boleh mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel mata.

Jelas, banyak sangat khasiat labu yang begitu bagus untuk diri kita. Selain diamalkan bersama rempah ratus, buah labu sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Ia merupakan antara buah yang boleh digunakan dalam pelbagai masakan!

Memang bagus dan sihat untuk kesihatan.

Kredit: Liza Hamdi

Baca Juga: Ini Khasiat Yang Tersimpan Pada Kunyit Putih Yang Ramai Tidak Tahu, Wanita Perlu Amalkan.

 

tags: |