Rambut yang cantik dan sihat menjadi idaman semua orang. Kesihatan rambut bukan sahaja terbatas pada kaum wanita, malah lelaki juga perlu menjaganya untuk sentiasa tampil segak dan menawan.
Namun, ramai individu yang mengalami masalah rambut sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja rambut yang nipis, rosak dan cepat keguguran, malah ada yang mengalami kebotakan pada usia muda. Perkara tersebut terjadi atas beberapa faktor seperti pemakanan, stress, pewarna dan banyak lagi.
Jadi bagi anda yang mencari cara mudah untuk dapatkan rambut sihat, boleh lah cuba petua yang mudah dari Azida Munira Abd Samad. Dengan menggunakan bahan dari dapur sahaja, memang jimat dan berkesan.
Petua Untuk Dapatkan Rambut Sihat, Cantik & Lebat, Guna Dua Bahan
Bahan-Bahan
- Daun pandan
- Santan segar
Cara Penyediaan
- Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah.
- Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata.
- Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.
- Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit sebelum dibilas bersih dengan air.
Mudah sahaja petua ini, kan? Santan memang sering digunakan dalam pelbagai produk kecantikan rambut kerana ianya tinggi dengan minyak essensial, mineral, protein dan vitamin E yang dapat menggalakkan kesihatan dan pertumbuhan rambut.
Semoga petua ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa untuk mencuba.
Kredit: Azida Munira Abd Samad