Raya tahun ini nampaknya kembali meriah dari yang sebelumnya. Orang ramai berlumba-lumba untuk melakukan persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal tiba. Oleh itu, pelbagai persiapan telah dilakukan oleh para ibu untuk meraikannya. Selain membeli baju raya yang serba baharu, ibu-ibu juga sedang sibuk membelek pelbagai resepi baharu untuk dicuba.
Ada yang ringkas, ada pula yang sedikit sukar. Di sini kami kongsikan resepi biskut cornflakes cranberry chocolate chips yang ringkas untuk semua mencuba. Sedap dan ringkas sahaja.
Ini Resepi Biskut Cornflakes Cranberry Chocolate Chips, Confirm Tetamu Berebut Bila Raya Nanti
Bahan-bahan
- 250gram butter
- 140gram gula castor (dapatkan di sini)
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 350gram tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 160 gram cornflakes (diramas kasar)
Bahan hiasan
- 100gram cranberry
- 100 chocolate chips
Cara penyediaan
- Pukul butter, gula castor, telur dan esen vanilla sampai sebati.
- Ayak tepung gandum bersama baking powder.
- Masukkan cornflakes pada tepung tadi dan gaul sehingga rata.
- Masukkan tepung cornflakes dalam adunan butter dan gaul sedikit sampai rata.
- Tambahkan cranberry dan chocolate chips.
- Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu.
- Cubit adunan biskut mengikut saiz kesukaan anda.
- Bakar pada suhu oven 190 darjah selama 20 min
Hari Raya sudah tentu tak akan ceria bila tiada apa-apa biskut, kan? Jadi biskut cornflakes cranberry chocolate chips ini wajib dicuba untuk menjadi santapan tetamu anda. Tentunya akan cepat habis licin Raya nanti.
Selamat mencuba!
Kredit: Kusuma Adnan
Baca Juga: Belum Buat Lagi Dah Tahu Sedap, Wanita Ini Bocorkan Resepi Cek Mek Molek Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!