Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resepi Biskut Vanilla Chocolate, Ringkas Sahaja! Boleh Sediakan Untuk Raya Nanti

Ini Resepi Biskut Vanilla Chocolate, Ringkas Sahaja! Boleh Sediakan Untuk Raya Nanti

Kategori: ,
BISKUT VANILLA CHOCOLATE

Sempena Hari Raya yang akan tiba tak lama lagi, para ibu sudah sibuk fikirkan untuk menyediakan pelbagai jenis biskut raya untuk tetamu yang akan datang mengunjunggi. Ada yang lebih suka membelinya, tapi ada juga yang memilih untuk menyediakannya sendiri.

Nak jimat, anda boleh cuba resepi biskut vanilla chocolate yang kami kongsikan ini. Sangat mudah dan nampak sedap, ianya sangat ringkas. Sesiapa sahaja boleh dicuba.

Cara Buat Biskut Vanilla Chocolate, Ringkas Sahaja! Boleh Sediakan Untuk Raya Nanti

Bahan-bahan

  • 250gram salted butter
  • 100gram gula perang
  • 100gram gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 350gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 250gram cip coklat

Cara penyediaan

  1. Pukul butter bersama gula perang dan gula halus sampai sebati. BISKUT VANILLA CHOCOLATE
  2. Masukkan kuning telur perlahan-lahan. BISKUT VANILLA CHOCOLATE
  3. Bila sudah sebati, masukkan esen vanilla. BISKUT VANILLA CHOCOLATE
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian, terus masukkan soda bikarbonat dan baking powder. BISKUT VANILLA CHOCOLATE
  5. Dah siap masukkan tepung tadi. Bila dah sebati, tutup mixer. Ambil senduk dan masukkan cip coklat. Gaul sampai sebati. BISKUT VANILLA CHOCOLATE
  6. Ambil sejemput. Bulat-bulatkan terus. BISKUT VANILLA CHOCOLATE BISKUT VANILLA CHOCOLATE
  7. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit dengan suhu 160 darjah. Pastikan ketuhar anda dipanaskan dahulu selama 10 minit. BISKUT VANILLA CHOCOLATE
  8. Dah siap, sedia untuk dinikmati. BISKUT VANILLA CHOCOLATE BISKUT VANILLA CHOCOLATE BISKUT VANILLA CHOCOLATE

Mudah sahaja resepi biskut vanilla chocolate ini! Untuk Raya nanti, anda boleh mencubanya. Sudah tentu ia akan cepat dihabiskan.

Selamat mencuba!

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad

Baca Juga: Perkongsian Hampir 3.2K, Ini Dia Resepi Lengkap Kek Batik Indulgence Mr.Ali Yang Mudah, Sedap Dan Tak Muak!

tags: | |