Donut merupakan kuih-muih atau pencuci mulut yang terkenal di Malaysia. Selalunya, donut akan diselaputi dengan gula atau diisi dengan pelbagai krim tapi di Johor lain pula ceritanya. Bagi rakyat Johor, mereka sudah amat terbiasa dengan donut sambal sira. Mungkin kedengaran pelik bagi rakyat negeri lain tapi donut ini sama juga seperti donut gula, yang lainnya ianya disaluti dengan sambal sira.
Kalau anda berminat dengan resepi donut sambal sira, boleh lah cuba resepi dari Darma Sukma Sukma di Facebook. Sebenarnya mudah saja untuk disediakan. Mari belajar cara membuatnya dengan mengikuti resepi ini. Jom baca!
Resepi Donut Sambal Sira
Bahan-Bahan
Bahan-Bahan Doh Donut
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar majerin
- 2 sudu kecil mauripan atau yis
- 2 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar gula pasir
- Air suam secukupnya
Bahan-Bahan Sambal Leleh
- 8 biji lada merah besar
- 5 biji cili kering (dibuang biji)
- 6 ulas bawang putih (pilih yang besar)
- 2 sudu besar bilis (tak letak pun takpe)
- Gula pasir secukupnya
- Cuka
- Garam
Cara-Cara Penyediaan Donut
- Gaul rata tepung, sus tepung dan majerin. Ketepikan.
- Bancuh yis, gula denga air suam. Biar kembang.
- Masukkan bancuhan yis ke dalam tepung, uli sampai jadi doh. Rehatkan sampai doh itu kembang.
- Bila doh dah kembang, boleh goreng dalam kuali.
Cara-Cara Penyediaan Sambal
- Kisar lada merah, cili kering, bawang putih, bilis.
- Masukkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan yang dikisar tadi. Masukkan sekali gula, garam dan cuka.
- Masak sehingga likat.
- Tunggu donut dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam sambal. Gaul sehingga rata. Siap untuk dihidang.
Nampak sangat mudah resepi donut sambal sira ini. Kalau teringin, tak perlu rentas negeri ke Johor apa. Boleh je buat sendiri di rumah.
Selamat mencuba!
Kredit: Darma Sukma Sukma via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Baca Juga: Donut Sambal Makanan Pelik Rakyat Johor Ini Di Perlekeh Oleh Netizen Namun Ramai Yang ‘Back-Up’ Kata Sedap!