Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Kaki Ayam Mushroom Chinese Style. Tinggi Dengan Kolagen, Elok Dimakan Selalu

Ini Resipi Kaki Ayam Mushroom Chinese Style. Tinggi Dengan Kolagen, Elok Dimakan Selalu

Kategori: ,
Kaki Ayam Mushroom Chinese Style

Kaki ayam sangat tinggi dengan kolagen dan sangat bagus diamalkan untuk kesihatan kulit. Tapi ramai yang tak tahu cara untuk memasaknya.

Penat mencari resepi yang sesuai untuk kaki ayam? Tak perlu risau, di sini kami berkongsi resepi kaki ayam mushroom chinese style oleh Siti Hariah Suhaili. Memang sedap, sepiring tak pernah cukup.

Ini Resipi Kaki Ayam Mushroom Chinese Style. Tinggi Dengan Kolagen, Elok Dimakan Selalu

Bahan-bahan

  • 25 ketul kaki ayam
  • Isi ayam
  • Halia (hiris panjang)
  • 10 ketul bawang putih (diketuk)
  • 15 ketul bawang cendawan shitake kering
  • Serbuk lada hitam
  • 3 sudu makan sos tiram
  • Cuka
  • Sedikit kicap pekat
  • Sedikit minyak bijan – (Susah nak jumpa? dapatkan di sini)
  • Perasa
  • Sedikit gula
  • Air secukupnya
  • Minyak masak Kaki Ayam Mushroom Chinese Style

Cara-caranya

  1. Rendam cendawan shitake dengan air sehingga lembut, cuci dan toskan. Tunggu sehingga kering. Kaki Ayam Mushroom Chinese Style
  2. Sambil itu, bersihkan kaki ayam dan perap dengan cuka dan kicap pekat selama 30 minit. Kaki Ayam Mushroom Chinese Style
  3. Seterusmya, goreng kaki ayam hingga garing tapi jangan bagi hangus. Selepas itu, rendam dalam air papi bagi tujuan untuk mengembangkan kaki ayam. Sudah kembang boleh lah keluarkan kaki ayam. Kaki Ayam Mushroom Chinese Style
  4. Kemudian dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak dan tumis semua bahan-bahan termasuk sos tiram.
  5. Masukkan kaki ayam dan isi dada ayam, air kena lebihkan sedikit dari jumlah kaki ayam.
  6. Tambahkan kicap, serbuk lada hitam, minyak bijan dan perasa. Masak lebih kurang dalam 1 jam setengah dengan api yang perlahan, gaul lembut sehingga isi dada ayam terlerai sepenuhnya seperti dicarik-carik dan kaki ayam semua lembut, senang cerai dari tulang. Boleh tambahkan air lagi kalau mahu kuah lebih. Kaki Ayam Mushroom Chinese Style
  7. Tutup api dan sedia untuk dinikmati. Kaki Ayam Mushroom Chinese Style

Hidangan ini wajib dibuat banyak-banyak kerana seketul memang tak cukup! Sekejap sahaja habis, memang sedap dan boleh diratah dengan begitu sahaja.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Siti Hariah Suhaili

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Gado-Gado Ori Dari Indonesia, Senang Saja Nak Buat

tags: | | |