Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nama Pelik Tapi Sedap, Ini Resipi Kuba Guling. Kuih Tradisional Kelantan Yang Viral Ketika Puasa

Nama Pelik Tapi Sedap, Ini Resipi Kuba Guling. Kuih Tradisional Kelantan Yang Viral Ketika Puasa

Kategori: ,
kuba guling

Nama kuih kuba guling ini sangat aneh, kan? Pasti ramai yang tak mengenalinya tapi bagi mereka yang berasal dari Kelantan atau sangat menggemari hidangan dari negeri itu, sudah pasti tidak asing dengan kuih tradisional itu.

Walaupun namanya agak pelik, tapi rasanya sungguh enak! Tak percaya? Anda tak perlu bersusah payah ke Kelantan untuk mencubanya, cuma perlu buat sendiri di rumah dengan mengikuti resepi kuih kuba guling ini. Mudah sahaja! Jom baca untuk ketahui caranya.

Nama Pelik Tapi Sedap, Ini Resipi Kuba Guling. Kuih Tradisional Kelantan Yang Viral Ketika Puasa

Bahan-bahan

  • 250 gram tepung beras
  • 200 gram gula
  • 150 gram tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (ambil air hitam sahaja dan tapis. Pastikan tempurung yang bersih)
  • Air 1 liter lebih (tengok kepekatan)
  • Sedikit pewarna makanan hitam – dapatkan di sini
  • Secubit garam
  • Kelapa parut muda KUBA GULINGKUBA GULING

Cara penyediaan

  1. Masukkan semua bahan atas dalam kuali, kacau biar sebati dahulu baru buka api.
  2. Selepas semua sebati, pastikan kacau dan buka api dapur yang sederhana. Kacau sampai likat.
  3. Sediakan loyang saiz 8 dan sapukan minyak dan tuangkan adunan yang dah siap tadi.
  4. Bila sudah sejuk, potong dan gulingkan dia dalam kelapa parut muda yang digaul bersama sedikit garam.
  5. Siap untuk dinikmati. KUBA GULING KUBA GULING KUBA GULING

Memang nama dan rupanya sangat pelik tapi percayalah kuih ini sedang menjadi kegilaan ramai sekarang. Rasa kuih ini cukup manis, sedap dimakan pada bila-bila masa. Kalau nak tahu, perlulah cuba tau!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: fykaaschaa kaka

Baca Juga: Resepi Kek Coklat Brulee, Kesedapannya Tiada Tandingan. Memang Padu Teruk!

tags: | | |